Friday, 30 November 2018

NENEK


Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


Mak, kak Nora dan Dini selamat sampai di KLIA seawal pukul 3 pagi tadi dari New Zealand. Sesampai di rumah, lepak borak-borak sampai Subuh. Masing-masing teruja berkongsi pengalaman bercuti di negara orang. Lepas tu sempat lelap kejap. Siap-siap terus bertolak ke Port Dickson. Melawat Nenek kat sini. Mak tak jet lag ke? Mak ok saja. Saya pula yang terasa jet lag ni gara-gara tak cukup tidur. Huhu.

Hari ni.
Kami balik kampung kedua.
Sempat makan tengahari di rumah Cikda.
Minum petang rumah Ma Som.
Rumah adik-adik Mak.
Syukur, masih berkesempatan cium dan peluk nenek erat-erat.

Saat kami sampai, Nenek seolah menahan rasa hiba. Mungkin terharu, sebak. Sukar diramal.
Dari sudut hatinya seolah menangis.

Ketika muda, Nenek suka menjahit.
Perca-perca kain dicantum jadi alas tempat duduk, kain lap kaki, cadar.
Rajin menjahit baju, juga kain barut perut semasa saya berpantang.
Pandai memasak. Pernah juga Nenek buat Akok, untuk jualan.
Nenek suka melayan anak cucu bergambar. Dari dulu pun kalau ajak berfoto dia mesti tak menolak. Sebab itu saya akan merakam foto kami setiap kali bersama. Saya tahu, Nenek suka.
Nenek gemar naik kereta bersiar-siar juga. Kalau kami nak berjalan, cepat saja dia nak ikut.

Kini semua tinggal kenangan.
Tiada kedengaran suara Nenek lagi.
Sudah tidak mampu berjalan sendiri.
Kekadang mengalir air jernih dari kedutan kelopak matanya. Badannya kurus hanya kulit kedut seribu membalut tulang.
Makan minum bersuap. Namun syukur, makannya masih lalu berselera.

Pernah saya tertanya sendiri, macamana agaknya perasaan Nenek? Adik beradiknya semua sudah tiada. Hanya tinggal dia saja. Meneruskan sisa usia.

Saat kami mohon pulang, Nenek mula gelisah.
Nak ikut pulang sama.

Nenek Mek Jah, 91 tahun.



No comments:

Post a Comment