Foto : Allod Bergelora
Saya tidak suka menjual !
Walaupun Abah seorang ahli perniagaan. Walaupun Mak aktif dengan jualan langsung pelbagai jenama, Nona Roguy, Caelygirl, LENO, Beethoven dan macam-macam lagi. Langsung tidak terbuka pintu hati untuk mengikut jejak langkah mereka.
Kata Abah, "Awok bukan otok nego!" (loghat Kelantan )
Ya, saya akui itu. Tugas hakiki saya pun tidak menjurus ke arah bidang jualan secara langsung.
Saya tidak pernah menjual pun, walau hanya sebatang pen atau sebiji gula-gula.
Kenapa ?
Sebab tidak berminat, malu dan mulut tak manis.
Bagaimana saya memulakan pembabitan dalam bisnes ini? Asalnya saya adalah pengguna produk syarikat semenjak Jun 2016. Terus menyertai keahlian RM50 untuk layak harga ahli yang lebih murah.
Selepas mengamalkan Min Kaffe, sejenis kopi pracampur garam buluh, saya sangat berpuas hati. Justeru itu terus berkongsi di laman Facebook pada Ogos 2016. Hasil perkongsian di media sosial itu, saya mendapat tempahan enam kotak Min Kaffe dan ia sangat mengujakan. Syukur, Alhamdulillah.
Siapa sangka si pemalu yang tidak pandai menjual ini, sebenarnya boleh menjual.
Tapi pada masa itu saya masih tidak konsisten bertindak. Ilmu pemasaran secara online masih belum ada.
Sehingga kini, saya masih bersama Yanti Jahan Legacy, di bawah bimbingan DSM Yanti Jahan. Pasukan CATChampions di bawah rangkaian CDM Cikgu Apit dan isteri, CDM Murni Zuriati. Serta menyertai keluarga besar projekSTG, di bawah naungan CDM Norazlin Nordin dan suami, CDM Ariffin Shah. Kami adalah kumpulan pengedar sah yang memasarkan pelbagai produk berkualiti dari syarikat Sahajidah HaiO Marketing Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment