Jawapan saya,"Ok sangat."
Saya yang asalnya tak minat dan saja-saja nak cuba ni pun boleh terjatuh hati.
Kenapa ?
1. Selain bonus, untung runcit, hadiah, kenaikan pangkat dan pelbagai manfaat lain, apa yang lebih menarik hati saya adalah semangat kerja berpasukan, sokongan sesama ahli dan aura positif dalam satu keluarga bisnes.
Sebenarnya semasa menyertai Projek STG, syarikat tempat saya bekerja menghadapi masalah kewangan yang sangat kritikal, prestasi jualan yang merosot dan pelbagai masalah bertimpa-timpa. Justeru, saya adalah antara orang yang bertanggungjawab memikul semua cabaran itu.Sudah pastinya tertekan, sedih dan kemurungan. Selain doa dan kekuatan saya pohon dari yang Esa, asbab Projek STG sedikit sebanyak memberi saya kekuatan dalaman, merubah cara berfikir agar lebih positif dan redha.
STG terdiri dari ahli pasukan yang saling menyokong, membantu dan menginspirasikan. Walaupun kami menjual produk yang sama, tidak wujud persaingan kerana kami percaya setiap kami punya rezeki masing-masing.
Sistem sokongan ini bukan sahaja membantu dalam bisnes, malah merapatkan hubungan sesama insan dan persahabatan di kalangan kami keluarga Projek STG. Walaupun kami belum pernah jumpa, tapi kami akrab di alam maya.
2. Bisnes gaya Projek STG ni sangat sesuai untuk mereka yang hendak cuba berniaga seterusnya membina empayar bisnes sendiri. Hanya bermodalkan RM 47 sahaja, platform yang lengkap dengan ilmu, mentor dan sistem yang terbukti dan berkesan tersedia.
Tidak perlu risau jika tidak pandai berniaga kerana ilmu pemasaran, keusahawanan, kewangan, kemahiran perniagaan dan kehidupan diterapkan. Mentor-mentor yang sudah berpangkat CDM tanpa lokek ilmu sering membimbing melalui online coaching, mengadakan kelas percuma mahupun seminar berbayar. Sistem yang mudah dan praktikal diguna pakai sejajar dengan pelan pemasaran Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd.
Konsep bisnes ini mudah saja.
Siapa buat dia dapat.
Siapa buat lebih dia dapat lebih.
Siapa buat cepat dia dapat cepat.
Jelaskan?
Projek STG,we teach life skills,we train business skills.
No comments:
Post a Comment