Saturday, 17 November 2018

MINI STOKIS BERSAMA PROJEK STG

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


Kopi mana kopi ?
Bila pagi ini pembeli mesej, nak kopi hari ini juga!

Alamak, stok Min Kaffe dah licin !
Mulalah kau tak keruan kan?

Sebab itu dalam ProjekSTG kami diajar untuk pegang stok. Kalau ada duit lebih belilah stok lebih sikit, mengikut keupayaan. Sebenarnya banyak sebab perlunya simpan stok sendiri. Antaranya...

1. Bagi memastikan urusniaga jual beli lebih lancar.
Bila mendapat tempahan dari pembeli boleh segera hantar atau pos. Pembeli akan cepat dapat barang mereka,juga memendekkan masa menunggu dan keterujaan pembeli. Seterusnya ia memberi impak positif kepada diri penjual dan bisnes itu sendiri. Pembeli akan berpuas hati dengan layanan yang diberikan dan mungkin akan membeli lagi dengan anda.

2. Menjimatkan kos operasi.
Beli stok sekali banyak dan simpan di rumah lebih menjimatkan kos petrol untuk berulang alik membeli barang di stokis setiap kali mendapat tempahan.

3. Menjimatkan masa.
Masa penghantaran dapat disegerakan. Termasuklah menjimatkan masa yang anda perlukan untuk berulang-alik ke stokis membeli produk.

4. Sumber motivasi.
Stok banyak memberi keterujaan dan motivasi kepada penjual untuk giat memasarkan produk mereka. Makanya mereka akan sentiasa dalam minda positif dan yakin dapat memenuhi tempahan pelanggan dengan kadar segera.

5. Membekalkan stok kepada rakan bisnes atau downline.
Apabila anda sudah mempunyai rakan bisnes di bawah rangkaian anda, adalah perlu bagi anda mempunyai stok sendiri. Ini bagi melancarkan transaksi urusniaga anak bisnes anda pula. Mereka yang masih baru ini selalunya kurang keyakinan untuk menyimpan stok kerana dihantui pelbagai kebimbangan. Takut stok tak habis, takut tak ada orang nak beli, takut stok luput tarikh dan pelbagai jenis takut lagi. Maka di sinilah peranan anda sebagai mentor untuk bantu melancarkan urusan mereka dengan cara mendahulukan stok anda.

Cara ini juga secara tidak langsung meyakinkan anak bisnes anda untuk turut menyimpan stok bagi tujuan yang sama. Inilah yang dinamakan kepimpinan melalui tauladan. Guru menunjuk jalan dan memulakan dulu. Makanya anak murid akan menduplikasi.

6. Bina kredibiliti
Memberi kepercayaan kepada pelanggan dan rakan bisnes untuk berurusan.

Pembeli sudah pasti ingin membeli dengan orang yang mereka percaya dapat memenuhi permintaan mereka dalam kadar segera. Menyimpan stok yang banyak dapat memberi keyakinan kepada mereka bahawa andalah orang yang mereka percaya itu.

Rakan bisnes juga lebih yakin untuk berurusan kerana keupayaan anda dapat membekalkan stok kepada mereka.

7. Membina dan membangunkan empayar perniagaan.
Proses duplikasi (dalam penerangan no.5 ) yang berterusan, akan mempercepatkan pertumbuhan empayar bisnes di bawah rangkaian anda.

Bagaimana jika tiada stok di tangan atau belum mampu memiliki mini stokis sendiri?
Jangan risau,tidak mengapa.Mentor atau rakan bisnes anda boleh membantu kerana kita berbisnes secara berjemaah.

Jangan risau juga,tiada istilah stok simpan bawah katil, mereput dan membazir kerana semuanya akan diajar termasuk cara menguruskan mini stokis sendiri.

Oh, mini stokis ku.

No comments:

Post a Comment