Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad
KELAS TAMBAHAN ðððĐðŦ
Hari ni bermula kelas tambahan Sabtu dan seterusnya pada cuti2 semester persekolahan. Pagi sekolah kebangsaan, petang pula sekolah agama.
Kata Adam, "tak setuju buat kelas Sabtu. Sebab Adam nak berehat !"
Alasann..Nak main game lah tuuu...ðĪŠ
Ialah, 5 hari sekolah pagi dan petang. Itu pun ibu tak ambil tuisyen untuk Adam. Rasanya cukuplah dengan kelas tambahan pada hari sekolah dan hari cuti. Ibu faham awak penat.
Ehh, tapi ibu lagi suka awak pergi kelas tambahan masa cuti tau... Atleast takda lah dok bergomol dan 'berumbah' kat rumah dengan adik-adik. Sibuk pulak tu mengecek hp ibu..ðĪŠ
Masa mu lebih terisi perkara berfaedah...kan?ð
Walaupun lepas ni si Ibu Supir kena kerja overtime dan tiada lagi jenjalan, bercuti di hari Sabtu dan cuti am, ibu redha.ðŠðĒ
Nampak tak pengorbanan ibu di situ...hikhik...ð
Takpelah...
Berakit-rakit dahulu,
Berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kita kemudian.
...yer, nak ! ðŠðŠðŠ
Izinkan Ya Allah...
#AdamHadif #CalonUPSR2019 #CalonPSRA2019
#DiariIbuAnak3
No comments:
Post a Comment