Friday, 16 November 2018

RAIKAN KEJAYAAN

Teks : Noor Azlin Muhammad


Eh, ada isu ya? Kononnya ada ibubapa yang tak setuju, panas hati, sakit mata tengok posting anak-anak orang lain terima award di hari kecemerlangan sekolah. Tunjuk anak dapat keputusan semua A ! Katanya hati mak, ayah dan anak yang kurang cemerlang akan terguris.Tak cukup itu dikatanya ibubapa riak, berkongsi kejayaan anak-anak.

Dalam ertikata lain mungkin cemburu ? Oppppss !
Eh, kalau cemburu baik itu tidak mengapa.

Rasa saya tak salah mereka berkongsi kegembiraan. Mungkin hanya sekadar ingin berkongsi rasa gembira dan keterujaan bersama kawan-kawan di alam maya. Riak atau tidak itu biar Allah yang adili.

Sebagai sahabat alam maya yang positif, jadikan ia sebagai inspirasi. Raikan penuh ikhlas dan gembira. Ucapkan mereka tahniah dan tanam impian untuk anak-anak anda juga berjaya seperti anak-anak mereka.

Ingat lagi pesan mentor saya, di majlis ilmu Minda Magnet Rezeki Julai lepas...
Tap energy kejayaan orang lain! Sukakan kejayaan itu dan mengarahkan kejayaan itu pada kita.Insya Allah ia akan datang pada kita pula.

Apa yang kita cakap, fikir, rasa itukan doa. Jadi, doa yang baik-baik sahaja ok?
Berhenti berburuk sangka.

Indahnya hidup, jika saling berkasih sayang...kan,kan?
Salam kejayaan !

No comments:

Post a Comment