Sunday, 11 November 2018

TIPS ELAK PEMBAZIRAN

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad

Pisang untuk Adel
Epal untuk Adib
Oren untuk Adam
Betik untuk Adam
Tembikai untuk Adel dan Adam
Ibu dan ayah? Semua pun layan !

Dulu kalau beli buah, Ibu akan beli 1,2 jenis dalam kuantiti yang banyak.
Beli ikut citarasa sendiri.
Hasilnya...
Adakala tak habis sampai mengecut dalam peti ais.
Adakalanya ibu terpaksa habiskan, sumbat-sumbat dalam perut sendiri tak mahu membazir.
Adakalanya ayah pula tegur, " Sudah beli kenapa tak makan? "
Ini gara-gara tiada orang nak makan.

Tahun berganti tahun, Ibu belajar banyak sesuatu.
Belajar dari tindakan lepas.
Dari sebesar-besar hal.
Sehingga ke seremeh-remeh perkara.

Sekarang beli buah ikut kesukaan anak-anak saja.
Sebab faham, citarasa mereka tidak sama.
Beli pelbagai jenis dalam kuantiti sedikit.
Hasilnya...
Beberapa hari dah licin.
Puas hati, tiada pembaziran lagi.

Diari Ibu Anak 3

No comments:

Post a Comment