Wednesday, 28 November 2018

PROJEK STG - KISAH INSPIRASI

Teks : Noor Azlin Muhammad
Foto : Koleksi peribadi CDM Mira Megha


Sedikit perkongsian dari CDM Borneo ketika ucaptama di Majlis Ulangtahun SHOM ke 26 yang lepas.

Beliau adalah CDM Mirawati Binti Raduan atau dikenali sebagai CDM Mira Megha. Dulunya seorang kerani N17 di Perkhidmatan Awam dan kini berniaga sepenuh masa bersama Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd. Hasil 5 tahun berbisnes bersama STG, beliau kini memiliki sebuah rumah banglo bernilai hampir RM2 juta, sebuah rumah buat kedua ibubapa beliau bernilai lebih setengah juta yang lengkap dengan keperluan asas. Beliau juga memiliki kereta mewah melalui cabang Tabung Bonus Kereta yang disediakan dalam pelan pemasaran SHOM. Pada usia 33 tahun, beliau kini sudah mencapai pendapatan 6 angka sebulan dan melahirkan 32 orang CDM di bawah rangkaian beliau.

Dalam ucapannya, beliau membawakan kisah ini. Kisah seorang anak dan seorang ayah.

Suatu hari, seorang anak bertanyakan pada ayahnya,"Apakah nilai sebuah kehidupannya?"

Tanpa menjawab, si ayah hanya memberikan anaknya sebiji batu dan disuruh anaknya membawa batu tersebut ke pasar untuk dijual. Ayahnya berpesan, jika ada yang bertanyakan harga batu itu, tak perlu dijawab. Hanya perlu angkat 2 jari.

Sampai di pasar, ada seorang wanita berminat dan bertanyakan harga batu itu. Anak patuh pesan ayahnya, tidak menjawab sebaliknya angkat 2 jari. Wanita itu bertanya, "Oh RM2 ? Baiklah, saya ambil." Si anak lantas pulang kepada ayahnya, menceritakan hal batu yang hendak dibeli seorang wanita dengan harga RM2.

Lalu ayahnya menyuruh pula dia membawa batu itu ke muzium. Sampai di muzium seorang lelaki pula bertanyakan harga batu itu. Anaknya seperti biasa tanpa bersuara mengangkat 2 jari."RM200 ?", teka lelaki itu."Baiklah, saya ambil." Anak itu terkejut, lantas pulang ke rumah dan menceritakan kepada ayahnya kisah lelaki yang ingin membeli batu tersebut dengan harga RM200.

Kali ini si ayah menyuruh pula anaknya membawa batu itu ke pusat penyimpanan batu berharga. Sampai di pusat itu, pemiliknya sangat tertarik akan batu tersebut yang menurutnya batu itu dari jenis yang sangat sukar untuk di dapati. "Berapa harga batu ni?", soalnya. Anak itu mengangkat 2 jari lagi. 'RM200,000?", tekanya. Dia bersetuju membeli batu itu dengan nilai RM200,000. Anak tadi tak terkata. Lantas kembali kepangkuan ayahnya menceritakan kisah ini.

Pengajarannya...
Tak kisah  di mana kita dilahirkan. Tak kisah di mana kita berasal.
Yang paling penting di mana kita meletakkan diri kita, siapa yang berada dipersekitaran kita dan bagaimana kita percaya pada diri kita.

Kita boleh pilih nak letak kita dipersekitaran batu di pasar dengan harga RM2 atau meletakkan diri di pusat penyimpanan batu berharga dengan nilai RM200,000. Kitalah sendiri yang menentukan di persekitaran mana yang kita ingin berada.

Hargai diri sendiri, Semua orang punya potensi untuk berjaya,

Kisah inspirasi STG.

No comments:

Post a Comment