Saturday 11 May 2019

Beliau lah calon feveret Ciklin pru14 lepas...🀭✌️✌️✌️

Semoga beliau terus istiqamah berbakti kepada rakyat, Lillahita'ala.πŸ’“
.
.
.

39 tahun hidup di bawah pimpinan kerajaan lama, terlalu banyak yang perlu ku syukuri.

Ku hormati dan kagumi pemimpin-pemimpin negara yang pernah berjuang, berbakti...Tun M, DSAI, Pak Lah, DSN, almarhum TGNA. Semua mereka punya sumbangan kepada rakyat dan negara.

Doakan mereka, itu yang terbaik ! Jangan menghina, mengherdik, mencerca.

Pandang dari sudut positif.

Semoga HARAPAN terus menyinar.

Yang baik-baik sahaja untuk Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ hendaknya,
...Aaminn😘

#SayaSayangMalaysia
#TanggalMei2018
#RakyatMemilih

Thursday 7 March 2019

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad

MARINE ESSENCE SHAMPOOπŸ€

"Akak ada jual shampoo hijau tu yer? Dah lama saya cari..tak tahu nak beli kat mana.."

"Eh, Akak ada jual syampu ME yer? dulu saya ada pakai..bila dah habis, nak continue...tapi dah tak tahu nak beli kat mana.."

"Laaa, boss ada jual ke..Kenapa tak cakapp !!!"

πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†
Berikut adalah reaksi customer Ciklin bila dapat tahu ku jual syampu ni..

Uishh! Ramai sebenarnya yang dah tahu dan sedang mencari2 si MARINE ESSENCE SHAMPOOπŸ€ ni ! 😲

Ehhh jangan risau...Ciklin AUTHORISED SELLER syampu hijau ni tau !
Ingat Shampoo ME
Ingat muka makcik ni.
Jangan cakap makcik tak payung...

Korang nak beli boleh ! ✔
Korang nak jadi Authorised Seller pun boleh ! ✔

Nak tahu lebih lanjut ?
πŸ’Œ or πŸ“ž AZLIN  http://www.wasap.my/+60176032505

#projekSTG
BIZ ONLINE | MODAL RM47
#CATChampions
#MarineEssenceShampoo #SyampuKutu #SyampuGaramBuluh #SyampuRambutGugur #SyampuKelemumur
Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad

KELAS TAMBAHAN πŸ“–πŸ“πŸ‘©‍🏫

Hari ni bermula kelas tambahan Sabtu dan seterusnya pada cuti2 semester persekolahan. Pagi sekolah kebangsaan, petang pula sekolah agama.

Kata Adam, "tak setuju buat kelas Sabtu. Sebab Adam nak berehat !"

Alasann..Nak main game lah tuuu...πŸ€ͺ

Ialah, 5 hari sekolah pagi dan petang. Itu pun ibu tak ambil tuisyen untuk Adam. Rasanya cukuplah dengan kelas tambahan pada hari sekolah dan hari cuti. Ibu faham awak penat.

Ehh, tapi ibu lagi suka awak pergi kelas tambahan masa cuti tau... Atleast takda lah dok bergomol dan 'berumbah' kat rumah dengan adik-adik. Sibuk pulak tu mengecek hp ibu..πŸ€ͺ
Masa mu lebih terisi perkara berfaedah...kan?😘

Walaupun lepas ni si Ibu Supir kena kerja overtime dan tiada lagi jenjalan, bercuti di hari Sabtu dan cuti am, ibu redha.πŸ˜ͺ😒
Nampak tak pengorbanan ibu di situ...hikhik...😁

Takpelah...
Berakit-rakit dahulu,
Berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kita kemudian.
...yer, nak ! πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Izinkan Ya Allah...

#AdamHadif #CalonUPSR2019 #CalonPSRA2019
#DiariIbuAnak3
Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad

Sekadar perkongsian...

Dari kecil, Mak Abah sentiasa ingatkan kami, makan biar licin jangan membazir. Kata mak, nasi tu menangis kalau tak habis!

Sudahnya, sehingga dewasa...Saya akan pastikan makan apa-apa pun habis dan licin. Sudah menjadi kebiasaan.

Kalau makan di luar tak larat nak habis, bungkus bawa balik dan cuba habiskan di rumah.

Ingat lagi masa 'dating' dengan 'boifren' di awal-awal perkenalan kami. Saya makan nasi goreng licin pinggan tanpa segan silu. Si dia kagum! Katanya selalu perempuan kalau dating, bajet makan sikit-sikit, pastu tak habis, tapi awak selamba jer ?...Mungkinkah salah satu ciri ini asbab daku dipilih sebagai surihati mu, en suami ?
Heheh...😁

Sebab dah terbiasa begitu, maka ada kalanya bila makan di luar dan terlihat sekeliling, ada yang makan tak habis. Hanya jamah sedikit dan dibiarkan. Kalau di kenduri-kendara pun sama. Cedok penuh pinggan lepas tu dibuang begitu saja. Begitu juga di majlis buffet hi- tea, dinner di hotel. Ambil banyak-banyak lepas tu dibiar tersadai atas meja.
Aduhhh, dududu...sakit mata, sedih tengok !πŸ˜”

Ciklin cuma nak pesan, kalau pergi majlis makan-makan tu, ambillah berpada-pada. Ikut keupayaan kita untuk habiskan...Jangan ikut nafsu. Memang makan free, tak payah bayar. Tapi itukan rezeki dari Allah.

Saban hari kita berdoa, minta Allah murahkan rezeki, tapi bila Allah dah bagi, kenapa pula dibuang-buang ❓❓❓

Belajarlah bersyukur, elakkan pembaziran.

Masih juga istiqamah, memupuk sikap ini dalam keluarga kecil saya agar terus berpanjangan ke generasi hadapan...InshaAllah.

Bak kata Mak, "Selagi ada, selagi dedeh!"😍

Terima kasih Mak, Abah ajari aku tentang hidup...

#DiariIbuAnak3

Friday 30 November 2018

CLOSING DAY 30 NOV 2018

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


Sibuknya makcik tu !

Kiri kemaskini entri Asas Blog dan Penulisan. Kanan pula rekod jualan projek STG. Dua-dua pun nak hantar sebelum pukul 12 dan pukul 10 malam ini.
✍️πŸ–₯️πŸ’»πŸ’¨πŸ’¨πŸ’¨

Telinga pulak tengah melayan Mak bercerita pengalamannya ke New Zealand. Tak habis lagi. Boleh kata tak berhenti dari pagi. Tak boleh nak fokus dengar dah ni, mak 😩.Haha.

Alhamdulillah. November yang sibuk dan produktif.

Penangan closing day.



PROJEK STG - MIN KAFFE, KOPI GARAM BULUH

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


Balik dari Port Dickson terus pergi COD untuk rakan niaga. 8 kotak Min Kaffe, kopi sedap pilihan ramai.

Min Kaffe diperkaya dengan khasiat garam buluh, dengan sumber Magnesium. Sangat sesuai untuk  mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti :
  • Buasir
  • Gastrik
  • Migrain
  • Sembelit
  • Asma/lelah
  • Darah tinggi
  • Kencing manis
Ia sesuai diminum seisi keluarga. Tanpa bahan pengawet, tanpa kolestrol dan tanpa gula. Ibu mengandung juga boleh minum dengan selamat.

Manfaat Min Kaffe :
  • Antipenuaan.
  • Mengawal PH badan.
  • Membaiki masalah sistem penghadaman.
  • Detoksifikasi.
  • Mencegah alahan.
  • Sumber tenaga.
Saya, usahawan SHOM.



NENEK


Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


Mak, kak Nora dan Dini selamat sampai di KLIA seawal pukul 3 pagi tadi dari New Zealand. Sesampai di rumah, lepak borak-borak sampai Subuh. Masing-masing teruja berkongsi pengalaman bercuti di negara orang. Lepas tu sempat lelap kejap. Siap-siap terus bertolak ke Port Dickson. Melawat Nenek kat sini. Mak tak jet lag ke? Mak ok saja. Saya pula yang terasa jet lag ni gara-gara tak cukup tidur. Huhu.

Hari ni.
Kami balik kampung kedua.
Sempat makan tengahari di rumah Cikda.
Minum petang rumah Ma Som.
Rumah adik-adik Mak.
Syukur, masih berkesempatan cium dan peluk nenek erat-erat.

Saat kami sampai, Nenek seolah menahan rasa hiba. Mungkin terharu, sebak. Sukar diramal.
Dari sudut hatinya seolah menangis.

Ketika muda, Nenek suka menjahit.
Perca-perca kain dicantum jadi alas tempat duduk, kain lap kaki, cadar.
Rajin menjahit baju, juga kain barut perut semasa saya berpantang.
Pandai memasak. Pernah juga Nenek buat Akok, untuk jualan.
Nenek suka melayan anak cucu bergambar. Dari dulu pun kalau ajak berfoto dia mesti tak menolak. Sebab itu saya akan merakam foto kami setiap kali bersama. Saya tahu, Nenek suka.
Nenek gemar naik kereta bersiar-siar juga. Kalau kami nak berjalan, cepat saja dia nak ikut.

Kini semua tinggal kenangan.
Tiada kedengaran suara Nenek lagi.
Sudah tidak mampu berjalan sendiri.
Kekadang mengalir air jernih dari kedutan kelopak matanya. Badannya kurus hanya kulit kedut seribu membalut tulang.
Makan minum bersuap. Namun syukur, makannya masih lalu berselera.

Pernah saya tertanya sendiri, macamana agaknya perasaan Nenek? Adik beradiknya semua sudah tiada. Hanya tinggal dia saja. Meneruskan sisa usia.

Saat kami mohon pulang, Nenek mula gelisah.
Nak ikut pulang sama.

Nenek Mek Jah, 91 tahun.