Friday, 30 November 2018

CLOSING DAY 30 NOV 2018

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


Sibuknya makcik tu !

Kiri kemaskini entri Asas Blog dan Penulisan. Kanan pula rekod jualan projek STG. Dua-dua pun nak hantar sebelum pukul 12 dan pukul 10 malam ini.
✍️🖥️💻💨💨💨

Telinga pulak tengah melayan Mak bercerita pengalamannya ke New Zealand. Tak habis lagi. Boleh kata tak berhenti dari pagi. Tak boleh nak fokus dengar dah ni, mak 😩.Haha.

Alhamdulillah. November yang sibuk dan produktif.

Penangan closing day.



PROJEK STG - MIN KAFFE, KOPI GARAM BULUH

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


Balik dari Port Dickson terus pergi COD untuk rakan niaga. 8 kotak Min Kaffe, kopi sedap pilihan ramai.

Min Kaffe diperkaya dengan khasiat garam buluh, dengan sumber Magnesium. Sangat sesuai untuk  mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti :
  • Buasir
  • Gastrik
  • Migrain
  • Sembelit
  • Asma/lelah
  • Darah tinggi
  • Kencing manis
Ia sesuai diminum seisi keluarga. Tanpa bahan pengawet, tanpa kolestrol dan tanpa gula. Ibu mengandung juga boleh minum dengan selamat.

Manfaat Min Kaffe :
  • Antipenuaan.
  • Mengawal PH badan.
  • Membaiki masalah sistem penghadaman.
  • Detoksifikasi.
  • Mencegah alahan.
  • Sumber tenaga.
Saya, usahawan SHOM.



NENEK


Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


Mak, kak Nora dan Dini selamat sampai di KLIA seawal pukul 3 pagi tadi dari New Zealand. Sesampai di rumah, lepak borak-borak sampai Subuh. Masing-masing teruja berkongsi pengalaman bercuti di negara orang. Lepas tu sempat lelap kejap. Siap-siap terus bertolak ke Port Dickson. Melawat Nenek kat sini. Mak tak jet lag ke? Mak ok saja. Saya pula yang terasa jet lag ni gara-gara tak cukup tidur. Huhu.

Hari ni.
Kami balik kampung kedua.
Sempat makan tengahari di rumah Cikda.
Minum petang rumah Ma Som.
Rumah adik-adik Mak.
Syukur, masih berkesempatan cium dan peluk nenek erat-erat.

Saat kami sampai, Nenek seolah menahan rasa hiba. Mungkin terharu, sebak. Sukar diramal.
Dari sudut hatinya seolah menangis.

Ketika muda, Nenek suka menjahit.
Perca-perca kain dicantum jadi alas tempat duduk, kain lap kaki, cadar.
Rajin menjahit baju, juga kain barut perut semasa saya berpantang.
Pandai memasak. Pernah juga Nenek buat Akok, untuk jualan.
Nenek suka melayan anak cucu bergambar. Dari dulu pun kalau ajak berfoto dia mesti tak menolak. Sebab itu saya akan merakam foto kami setiap kali bersama. Saya tahu, Nenek suka.
Nenek gemar naik kereta bersiar-siar juga. Kalau kami nak berjalan, cepat saja dia nak ikut.

Kini semua tinggal kenangan.
Tiada kedengaran suara Nenek lagi.
Sudah tidak mampu berjalan sendiri.
Kekadang mengalir air jernih dari kedutan kelopak matanya. Badannya kurus hanya kulit kedut seribu membalut tulang.
Makan minum bersuap. Namun syukur, makannya masih lalu berselera.

Pernah saya tertanya sendiri, macamana agaknya perasaan Nenek? Adik beradiknya semua sudah tiada. Hanya tinggal dia saja. Meneruskan sisa usia.

Saat kami mohon pulang, Nenek mula gelisah.
Nak ikut pulang sama.

Nenek Mek Jah, 91 tahun.



PETTING ZOO DI MAEPS SERDANG

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


Salah satu aktiviti Family Day kami Ogos lepas adalah ke petting zoo di MAEPS Serdang.

Tiket masuk dewasa : RM20
Tiket masuk kanak-kanak : RM10
Tapi disebabkan kami masuk berkumpulan, maka dapat pula diskaun tambahan.

Ini adalah pengalaman pertama saya dan famili di sini. Teruja !

Teruja sebab tengok anak-anak sangat teruja. Terutamanya si bongsu, Adel. Selamba saja tenyeh kepala ayam, burung. Aduhai, nasib baik tak kena patuk.

Tapak petting zoo ni taklah luas mana.(tak reti pula nak anggarkan keluasannya).Tapi kiranya  sesuailah untuk mak, ayah dan anak-anak kecil beriadah. Kalau luas sangat, kau pun tak larat nak menapak. Kan ?

Disajikan pula dengan haiwan-haiwan comel, gebu, besar dan gemuk. Geram!

Jom tengok, apa yang menarik dapat saya kongsikan dari lensa telefon bimbit ku. Jika ada yang tercari-cari lokasi menarik di musim cuti sekolah ni, bolehlah pertimbangkan ke sini.
Semoga bermanfaat.💕












PROJEK STG - SALES MANAGER KELAHIRANKU

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


Setahun lepas pada Ogos 2017, saya naik pentas seorang diri untuk pangkat pertama bergelar Sales Manager. Tahun ini, September 2018, naik lagi untuk pangkat kedua bergelar Senior Sales Manager. Bezanya kali ini saya tidak keseorangan. Kali ini ditemani dua orang leader hebat dari rangkaian saya. Kami diraikan bersama-sama di atas satu pentas berprestij, di majlis gilang gemilang Penganugerahan SM/SSM 2018 di Ideal Convention Centre Shah Alam.

Indahnya, Alhamdulillah.

Pejam celik, pejam celik. Tak sangka sudah melangkah sejauh ini dalam #projekSTG.
Sudah melahirkan empat orang Sales Managers dari pasukan saya, yang masing-masing sudah pun mempunyai rangkaian bisnes sendiri. Macam tak percaya pula boleh jadi cikgu bisnes ni.

Ingat pesan mentor, Successful Leader not only has a follower, but produce more Leaders.
Insya Allah.

Sebab tu saya suka bisnes gaya STG ni.
Kita belajar buat duit dan kita ajar orang lain untuk buat sama.
Kita bukan senang seorang diri, tapi kita bantu rangkaian kita untuk senang sama-sama.

Gembira meraikan anak-anak bisnes, SM Fazlina dan SM Siti Norzaharah.
Bangga dengan kamu dan kamu.

Kami, usahawan SHOM.


PROJEK STG - MARINE ESSENCE BODY WASH

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


Marine Essence Body Wash membersih, menyihatkan dan melembabkan kulit.

Gabungan unik ramuan semula jadi dan tumbuhan.
Kaya dengan mineral berkhasiat.
Tanpa sabun.
Tanpa paraben dan SLES.
Antibakteria.
Antioksidan yang hebat.
Haruman aromaterapi yang menyegarkan.

Kami satu famili menggunakan mandian ni tau. Almaklumlah, semuanya jenis kulit manja (kulit sensitif). Sudah tentulah, saya berikan yang terbaik buat keluarga dan diri sendiri. Hilang gatal-gatal mengenyam satu badan tu.

Saya guna, saya suka, baru saya jual.

PROJEK STG - MARINE ESSENCE BEAUTY BAR, SI HIJAU AJAIB

Teks : Noor Azlin Muhammad
Foto : Smart Tycoon Group (FB) , Noor Azlin Muhammad.


Ketiak hitam.
Badan berbau.
Ekzema.
Allergic atau gatal-gatal kulit.
Jerawat muka dan badan.
Jeragat.

Anda ada masalah ini? Jangan susah hati ! Sabun Marine Essence boleh membantu menyelesaikan masalah anda.

Fungsi Sabun Marine Essence :
✔Hilangkan bau badan.
✔Kecutkan jerawat di muka dan badan.
✔Hilangkan celahan hitam di anggota badan
✔Pudarkan tanda regangan kulit dan parut
✔Hilangkan gatal-gatal di kulit

Jom ikhtiar dengan Sabun Marine Essence !




JOM KEMAS DAPUR

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


Siap kemas dapur, yayyy!

Walaupun dapur sekangkang kera. Bila kau dah mulakan pemeriksaan teliti, lebih fokus dari rutin biasa, makan masa berjam-jam lamanya.

Banyak sangat 'khazanah' tersembunyi di dalam kabinet-kabinet dapur itu. Tin biskut, tin coklat, bekas makanan, bekas ais-krim, botol minuman dan macam-macam lagi yang sayang nak buang asalnya. Konon simpan untuk kegunaan akan datang. Akhirnya, bertahun-tahun buat menyemak saja rupanya! Haha. Sudah! Buang, buang!

Saya ada terbaca satu artikel ni. Katanya tabiat menyimpan barang-barang lama yang tak digunakan lagi ni adalah sejenis penyakit mental ! Maka seeloknya barang tersebut diberi pada yang memerlukan, disedekahkan atau dibuang saja.

Alamak, mentalkah daku?

Tapi memang betullah. Bila lupuskan barang-barang yang tak perlu tu tadi, bukan saja tempat tu lebih kemas dan rapi. Mata terang dan lapang. Fikiran pun rasa tenang. Lega sangat ! Macam kau dapat selesaikan satu beban besar dalam kepala otak. Haha.

Seronoknya. Terapi minda cara saya.


Wednesday, 28 November 2018

PROJEK STG - UBAT GIGI GARAM BULUH MARINE ESSENCE

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


Ubat gigi yang kaya dengan ramuan tumbuhan serta mengandungi garam buluh, xylitol, Phenol-SFE dan gliserin untuk menjadikan gigi bersih, gusi sihat dan nafas berbau segar sepanjang hari !

Apa yang saya suka sangat tentang ubat gigi ni ialah, ia juga mampu merawat masalah seperti
☘ ulser mulut
☘ gigi ngilu
☘ gusi berdarah
☘ sakit tekak

Jom baca testimoni.

MANFAAT HIKING/JUNGLE TREKKING

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


KENAPA SAYA SUKA HIKING/ JUNGLE TREKKING ?

🌸 Meningkatkan stamina.
🌸 Pupuk sikap sabar, semangat juang, daya ketahanan diri.
🌸 Lupakan masalah sekejap.
🌸 Kurangkan depresi.
🌸 Bagus untuk jantung.
🌸 Menghilangkan stress.
🌸 Mencari ketenangan.
🌸 Terapi minda. Buat kita gembira.
🌸 Merapatkan ukhuwah sesama geng mendaki, pupuk sikap bertolak ansur.


TIPS CAPAI MATLAMAT KE PUNCAK DAN TURUN PENUH KEPUASAN !

🌸 Fokus kepada matlamat utama.
🌸 Tak perlu terkejar-kejar.
🌸 Tak payah tahu berapa jauh lagi perjalanan.
🌸 Nikmati setiap detik perjalanan atau pendakian. Sambil berjalan buat sesuatu yang anda suka.               Contoh ambil gambar, rekod video, berwirid, berbual dengan kawan.
🌸 Bergerak mengikut keupayaan dan kemampuan diri.
🌸 Berlawan dengan diri sendiri .

Tips hiking versi mak-mak. Jom !


PROJEK STG - NURICH GARLIC

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad

Mungkin ada yang tertanya. Apa produk yang dipasarkan oleh Projek STG ni ?

Salah satu yang terlaris ialah Nurich Garlic atau pil Bawang Putih. Jom kenali apa khasiat dan kebaikan pil ini.

🌱Khasiat dan Kebaikan Garlic 🌱
✔Menurunkan kadar kolestrol dalam darah
✔Anti Stress
✔Mengelakkan pertumbuhan sel kanser
✔Melambatkan proses penuaan
✔Menghambat angin dalam tubuh
✔Membantu mengempiskan perut
✔Membantu melancarkan penghadaman
✔Membantu mengawal tekanan darah
✔Membantu meningkatkan insulin bagi pengidap diabetes
✔Baik untuk stamina tubuh
✔Membantu melegakan dan merawat senggugut
✔Mengandungi Vitamin A,B,C

Produk ini adalah sejenis suplemen persediaan tradisional dan Halal di bawah seliaan JAKIM.

PROJEK STG - KISAH INSPIRASI

Teks : Noor Azlin Muhammad
Foto : Koleksi peribadi CDM Mira Megha


Sedikit perkongsian dari CDM Borneo ketika ucaptama di Majlis Ulangtahun SHOM ke 26 yang lepas.

Beliau adalah CDM Mirawati Binti Raduan atau dikenali sebagai CDM Mira Megha. Dulunya seorang kerani N17 di Perkhidmatan Awam dan kini berniaga sepenuh masa bersama Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd. Hasil 5 tahun berbisnes bersama STG, beliau kini memiliki sebuah rumah banglo bernilai hampir RM2 juta, sebuah rumah buat kedua ibubapa beliau bernilai lebih setengah juta yang lengkap dengan keperluan asas. Beliau juga memiliki kereta mewah melalui cabang Tabung Bonus Kereta yang disediakan dalam pelan pemasaran SHOM. Pada usia 33 tahun, beliau kini sudah mencapai pendapatan 6 angka sebulan dan melahirkan 32 orang CDM di bawah rangkaian beliau.

Dalam ucapannya, beliau membawakan kisah ini. Kisah seorang anak dan seorang ayah.

Suatu hari, seorang anak bertanyakan pada ayahnya,"Apakah nilai sebuah kehidupannya?"

Tanpa menjawab, si ayah hanya memberikan anaknya sebiji batu dan disuruh anaknya membawa batu tersebut ke pasar untuk dijual. Ayahnya berpesan, jika ada yang bertanyakan harga batu itu, tak perlu dijawab. Hanya perlu angkat 2 jari.

Sampai di pasar, ada seorang wanita berminat dan bertanyakan harga batu itu. Anak patuh pesan ayahnya, tidak menjawab sebaliknya angkat 2 jari. Wanita itu bertanya, "Oh RM2 ? Baiklah, saya ambil." Si anak lantas pulang kepada ayahnya, menceritakan hal batu yang hendak dibeli seorang wanita dengan harga RM2.

Lalu ayahnya menyuruh pula dia membawa batu itu ke muzium. Sampai di muzium seorang lelaki pula bertanyakan harga batu itu. Anaknya seperti biasa tanpa bersuara mengangkat 2 jari."RM200 ?", teka lelaki itu."Baiklah, saya ambil." Anak itu terkejut, lantas pulang ke rumah dan menceritakan kepada ayahnya kisah lelaki yang ingin membeli batu tersebut dengan harga RM200.

Kali ini si ayah menyuruh pula anaknya membawa batu itu ke pusat penyimpanan batu berharga. Sampai di pusat itu, pemiliknya sangat tertarik akan batu tersebut yang menurutnya batu itu dari jenis yang sangat sukar untuk di dapati. "Berapa harga batu ni?", soalnya. Anak itu mengangkat 2 jari lagi. 'RM200,000?", tekanya. Dia bersetuju membeli batu itu dengan nilai RM200,000. Anak tadi tak terkata. Lantas kembali kepangkuan ayahnya menceritakan kisah ini.

Pengajarannya...
Tak kisah  di mana kita dilahirkan. Tak kisah di mana kita berasal.
Yang paling penting di mana kita meletakkan diri kita, siapa yang berada dipersekitaran kita dan bagaimana kita percaya pada diri kita.

Kita boleh pilih nak letak kita dipersekitaran batu di pasar dengan harga RM2 atau meletakkan diri di pusat penyimpanan batu berharga dengan nilai RM200,000. Kitalah sendiri yang menentukan di persekitaran mana yang kita ingin berada.

Hargai diri sendiri, Semua orang punya potensi untuk berjaya,

Kisah inspirasi STG.

Tuesday, 27 November 2018

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


Hari ni, usai urusan kami di Seremban, Cikti bercadang makan di sebuah kedai masak cili api Negeri Sembilan di Nilai. Suami kirim bungkus katanya. Sejurus sampai di Restoran berkonsep dalam rimba itu, beratur panjang pula. Kelihatan juga sekumpulan lelaki berundur, mungkin tak sanggup beratur lama. Kami masih di situ sambil berfoto-foto depan restoran. Almaklumlah pertama kali menjejak kaki di sini.

Tiba giliran kami masuk, datang seorang pekerja restoran memaklumkan bahawa makanan sudah habis. Meja kerusi juga sudah penuh. Sejurus itu ditutup pula pintu kayu restoran utama mereka. Mungkin isyarat No Entry! .Wah, laku keras sungguh! Makanya pulanglah kami melangkah hampa.

Jadi, ke mana kita lepas ni? Memang kena makan memandangkan perut masing-masing dah berkeroncong mintak makan.
Bila kekanda-kekanda bertanya,"Mana lagi kedai makan sedap kat Nilai ni?"
Huh! saya pun mati kutu. Walaupun 12 tahun kau pernah bekerja kat sini ?

Nampak sangat kan?

Haha. Eh, bukan tak ambil tahu. Lunch time dulu makan apa saja yang senang capai. Gerai kuih, nasi lemak RM1 pun jadi. Bila anak-anak dah mula sekolah, lunch time kau hanya dalam kereta bekejar jemput hantar anak sekolah. Ha, itulah pasal. Tak sempat nak jejak pun semua kedai-kedai makan sedap kat Nilai ni. Boleh terimakan alasan tu?Hihihi.

Tiba-tiba teringat kedai makan kegemaran suami bersama geng motor beliau. Pernah juga dibungkuskan Mee Bandung Muar untuk puan isterinya. Akhirnya, kami pun sampailah di sini, Restoran Semangkuk bertempat di Batang Benar, Nilai. Lokasinya betul-betul depan jalan besar menghala ke Mantin.

Memang sangat berpuas hati. Sedap sangat! Kak Nonie dan Cikti pun setuju. Siap bungkus bawa balik untuk suaminya lagi. Lega saya, mereka suka.

Menu kami petang ni, Mee Bandung Muar, Mee Kari Udang, Pisang Goreng Cheese, Cendol Durian Tempurung, Air Kelapa Lemon Laici dan Coconut Shake Ice-cream. Licin kami makan. Tandanya, memang sedap sehingga menjilat jari.

Tapi bab-bab makan ni memang kami adik-beradik sejenis yang makan licin. Sudah diterapkan sedari kecil, makan habis jangan dibuang-buang! Bak kata Mak, "Selagi ada, selagi dedeh!"

Syukur untuk rezeki hari ini. Alhamdulillah.








MIN KAFFE UNTUK ABAH

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


Semalam.
Sebelum bertolak balik rumah, COD sekotak Min Kaffe kesukaan Abah. Kalau tak mahu ambil duit, Abah mesti cakap, "Macam mana berniaga tak ada untung?" Hihi, marah dia.

Lepas salam cium tangan, sempat dia berpesan,"Semoga bisnes maju."
Aaminn ya rabbal alamin.Tahu, Abah sentiasa menyokong kerjaya menantunya dari dulu hingga kini. Terima kasih Abah! Mertua yang sangat menyokong, memahami dan penyanyang.

Adam, Adib ibu tinggalkan di kampung. Tunaikan hasrat nenek mereka. Begitulah setiap kali cuti sekolah bermula. Nenek awal-awal dah ingatkan, hantar cucu-cucu kesayangan balik kampung. Nenek nak jaga. Bertuah anak-anak. Hari-hari makan sedap agaknya. Nenek memang rajin meraikan cucu-cucunya dengan hidangan kegemaran. Almaklumlah, memang itu kepakaran Nenek. Bab makan dan minum ni sangat dititikberatkan.

Dulu masa anak sorang, ibu tak sanggup berpisah walau kejap. Kalau dah tiada pilihan lain barulah rela tinggal anak di kampung. Dengar suara di corong telefon pun dah sebak nak bercakap, nangis! Huhu. Tapi sekarang taklah, sudah biasa. Semua mak-mak pun macam tu, kan?

Diari bisnes ibu.

KOSONG DAN SUNYI

Teks : Noor Azlin Muhammad


Hari ni terasa kosong dan sunyi. Kalau selalu terdengar jeritan si tengah dan usikan si sulung, bergomol,memekak dan terlolong. Hari ni situasinya amat berbeza. Rumah lengang dan sepi. Kemas dan rapi tanpa sepahan mainan seperti selalu.

Adam dan Adib menunaikan hasrat Nenek bercuti di kampung selama seminggu. Maka, tinggallah ayah, ibu dan Adel di rumah. Eh, rasa macam 9 tahun lepas ketika bergelar ibu muda beranak satu pula.

Meluangkan masa emas bersama si bongsu pastinya. Alhamdulillah, sedikit ruang untuk ibu menghela nafas lega.

Diari ibu anak 3.

Monday, 26 November 2018

HARI AKHIR PERSEKOLAHAN 2018

Teks : Noor Azlin Muhammad


Hari Komunikasi Peperiksaan Akhir Tahun 2018, di SRA petang ini.
Alhamdulillah.
Penutup persekolahan 2018.

Walau tak naik pentas cemerlang, tetap membanggakan Ibu dan Ayah. Perjalanan masih jauh.Usaha lagi ya anak-anak. Walaupun jauh di sudut hati, teringin juga nak tengok anak-anak naik pentas. Hihi.

2019, pastinya tahun yang lebih mencabar untuk Adam, bakal menduduki UPSR dan PSRA. Mesti lebih fokus. Aduh, Ibu pula yang risau ni.

Terima kasih Ustazah Bazlin,guru kelas yang sangat komited.
Selamat tinggal sekolah. Jumpa lagi tahun hadapan.

Yahoo, cuti sekolah !
Anak gembira, ibu pun lega. Lega sebab berehat sebentar tugas sebagai ibu supir.

Tapi seronok sebenarnya jadi supir ni. Antara saat yang ideal meluangkan masa emas bersama anak-anak. Berkongsi cerita-cerita di sekolah, belajar apa, aktiviti mereka, sebab kalau dah sampai rumah, Ibu dah sibuk dengan kerja rumah, mereka pula dah sibuk dengan aktiviti masing-masing.

Paling saya rindukan, rutin ini mengingatkan kenangan saat Mak hantar dan jemput saya ke sekolah 29 tahun dulu. Masa tu tiada gambar, hanya mampu terakam dari mata hati. Huh, rindu lagi.

Selamat bercuti anak-anak semua !

PENGALAMAN SAYA BERSAMA PROJEK STG

Ada yang tanya saya, "Eh, ok ke projek STG tu?"

Jawapan saya,"Ok sangat."

Saya yang asalnya tak minat dan saja-saja nak cuba ni pun boleh terjatuh hati.


Kenapa ?

1. Selain bonus, untung runcit, hadiah, kenaikan pangkat dan pelbagai manfaat lain, apa yang lebih menarik hati saya adalah semangat kerja berpasukan, sokongan sesama ahli dan aura positif dalam satu keluarga bisnes.

Sebenarnya semasa menyertai Projek STG, syarikat tempat saya bekerja menghadapi masalah kewangan yang sangat kritikal, prestasi jualan yang merosot dan pelbagai masalah bertimpa-timpa. Justeru, saya adalah antara orang yang bertanggungjawab memikul semua cabaran itu.Sudah pastinya tertekan, sedih dan kemurungan. Selain doa dan kekuatan saya pohon dari yang Esa, asbab Projek STG sedikit sebanyak memberi saya kekuatan dalaman, merubah cara berfikir agar lebih positif dan redha.

STG terdiri dari ahli pasukan yang saling menyokong, membantu dan menginspirasikan. Walaupun kami menjual produk yang sama, tidak wujud persaingan kerana kami percaya setiap kami punya rezeki masing-masing.

Sistem sokongan ini bukan sahaja membantu dalam bisnes, malah merapatkan hubungan sesama insan dan persahabatan di kalangan kami keluarga Projek STG. Walaupun kami belum pernah jumpa, tapi kami akrab di alam maya.


2. Bisnes gaya Projek STG ni sangat sesuai untuk mereka yang hendak cuba berniaga seterusnya membina empayar bisnes sendiri. Hanya bermodalkan RM 47 sahaja, platform yang lengkap dengan ilmu, mentor dan sistem yang terbukti dan berkesan tersedia.

Tidak perlu risau jika tidak pandai berniaga kerana ilmu pemasaran, keusahawanan, kewangan, kemahiran perniagaan dan kehidupan diterapkan. Mentor-mentor yang sudah berpangkat CDM tanpa lokek ilmu sering membimbing melalui online coaching, mengadakan kelas percuma mahupun seminar berbayar. Sistem yang mudah dan praktikal diguna pakai sejajar dengan pelan pemasaran Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd.

Konsep bisnes ini mudah saja.
Siapa buat dia dapat.
Siapa buat lebih dia dapat lebih.
Siapa buat cepat dia dapat cepat.

Jelaskan?

Projek STG,we teach life skills,we train business skills.

Sunday, 25 November 2018

RINDU KENANGAN


Teks : Noor Azlin Muhammad


Orang kata...

Kalau selalu terkenang momen lama.
Senyum meleret tak tentu masa.
Ada masa rindu mencengkam dada.
Rindu yang tak terungkap dengan kata.

Rindu pada kenangan.
Kenangan yang tak mungkin berulang.
Hanya mampu terakam.
Dari mata hati dan akal fikiran.
Mungkin juga dari foto simpanan.

Ada kala menahan sebak rasa.
Kekadang mengalir air mata.
Kadang terlupa.
Sudah jauh masa berlari meninggalkan kita.

...Itu tandanya usia semakin menua.

Betulkan?


Dilema mak nak masuk 40 tahun. Huhu.





Saturday, 24 November 2018

PROJEK STG - COD BAJA EZIGROW

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


Saya ke Olak Lempit, Banting lagi petang ni.

Kali ni bukan melawat Mini Market Ummi Al-Yahya, tapi menjengah projek baru tanaman sayur-sayuran Kak Pah.

Sekarang ni Kak Pah guna baja organik (yang berbiji) untuk tanaman sayurannya. Kadang-kadang berhari-hari tak larut. Bertambah risau bila banyak belalang dan serangga yang menyerang tanaman.

Jadi sebagai ikhtiar, Kak Pah cuba baja Ezigrow kali ini.Selain kos yang efektif (45 ml saja untuk suku ekar), cuma 7 hari sekali spray.Boleh juga campur Ezigrow dengan racun perosak, spray saja sekaligus. Jimat masa.

Seronok tengok kebun sayur Kak Pah. Hijau mata mamandang.Macam-macam ada.Kangkung, pisang, kedondong, rambutan, terung, kunyit, halia, cili dan pelbagai lagi.

Tak sabar nak tunggu hasil Ezigrow pula lepas ni.

Harap sangat dapat membantu.Semoga bermanfaat buat mu, Kak Pah.

#projekSTG #bajaezigrow #bajacecair #bajaorganik




Friday, 23 November 2018

EGG BANJO DALAM KENANGAN

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


Hidangan untuk sarapan pagi.

Sangat mengimbau nostalgia.
Menu kesukaan sebelum melangkah ke sekolah.

Telur mata, bersama simbahan sos cili, diapit roti kiri dan kanan.
Sangat suka kalau telur merah kurang masak.
Gigitan yang mencair dimulut, mengalir dibibir...slurrpp! Sedapnya.

Senang kerja Mak, hari-hari sarapan ni pun tak apa.
Syukur juga anak-anak sejenis tak cerewet.
Makan sahaja apa yang ada.

Eh, jauh menerjah ke alam kanak-kanak.
Jomlah makan !
Hidangan tak lengkap tanpa Min Kaffe...
Satu untuk awak, satu untuk saya.
Bismillahirrohmaanirrohim.


PENGASAS PROJEK STG

Teks : Noor Azlin Muhammad
Foto : Koleksi foto ProjekSTG


SIAPAKAH MEREKA BERDUA NI ?

Merekalah pengasas SMART TYCOON GROUP.
Pasangan suami isteri hebat yang sentiasa memberi inspirasi kepada anak-anak bisnes di bawah rangkaian mereka.

BILA DITANYA...

➡ Dah berapa lama buat STG ?
Jawapan mereka, sudah 15 tahun dalam bisnes ini.

➡ Pernah jatuh sepanjang berbisnes ?
Pernah ! Paling teruk pada tahun 2010, tapi bangkit atas sebab rasa tanggungjawab terhadap anak-anak bisnes mereka.

Mereka bangkit dengan ilmu dan sistem baru iaitu #projekSTG. Daripada puluhan ribu jualan sebulan, kini STG telah menyumbang sehingga RM 24 juta jualan sebulan kepada Syarikat Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd.

Mereka bukan kaya dan berjaya seorang diri, tapi mereka telah pun berjaya melahirkan ratusan usahawan yang berpangkat CDM iaitu pangkat tertinggi berpendapatan 5 hingga 6 angka sebulan.

Sehingga kini, mereka masih bersama kami.
Beliaulah mentor Projek STG, CDM Hj Arifin Shah dan CDM Hjh Norazlin Nordin.

Dalam STG, kami percaya, nak berjaya kena belajar dengan orang yang sudah terbukti berjaya.

Projek STG, online bisnes, modal serendah RM 47 sahaja.