Wednesday 21 November 2018

KISAH DI ASRAMA

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


"Ushar-ushar apa ?!"

Itulah kata-kata keramat yang masih terngiang-ngiang di telinga.Huh, perasannya dia ni ! Desus hati kecil ku.Moral of the story, kalau tak mahu kena sergah macam tu, jalan kena tunduk lantai, tak boleh toleh kiri kanan.

Ini kisah tingkatan 4 saya di asrama Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Penang sesi 95/96.
Selalu kena toucher kakak-kakak senior. Sudahlah hidup jauh di perantauan.Tiada kawan baik, tiada pula keluarga.Pendek kata, memang tak ada tempat nak bermanja. Ada masanya, cemburu dengan kawan-kawan. Mereka ada abang angkat, kakak angkat...Aku? Tiada siapa yang nak angkat! Mungkin kurang comel masa tu. Hihi.

Hidup di asrama sangatlah perit! Kalau boleh tak mahu balik asrama, nak duduk saja kat sekolah tu.

Masa latihan fizikal (Physical Training), siaplah korang kena bambu !
Kesalahan saya masa tu, solat dalam bilik.Ini gara-gara balik sekolah lambatlah, lepas tu malas nak mengadap muka senior yang sinis kat surau tu.

Makanya, mendapatlah! Disuruhnya lari pusing padang ala-ala bawa motor. Siap bunyi "vroomm vroomm"! Eh, ala-ala naik kapal terbang pun ada. Depan-depan Aspura. Malunya cek ! Hey, saya anak dara dah kak. Disuruhnya buat perangai macam budak tadika! Huh.
Itulah, siapa suruh tak ikut peraturan kan?

Tudung sekolah yang putih bersih tu naik kepam jadinya. Sebab? Kami dilarang memakai tudung lain selain tudung sekolah. Makanya tudung tulah yang kau belasah untuk ke sekolah, belajar petang, riadah, jemur kain kat ampaian, ke dewan makan, belajar malam. Senang cerita, asalkan keluar dari dorm, mesti sarung tudung sekolah! Tiada tudung warna-warni atau corak-corak ya!
Motif? Senior tak mahu tengok kami cantik-cantik agaknya. Hmmm.

Berbeza dengan kehidupan di tingkatan 5.
Semuanya bertukar menjadi sangat indah. Tak ada siapa berani kacau. Belajar, fokus untuk SPM saja masa tu. Rasanya saya adalah kakak senior yang paling baik.Lantaklah dik, kau nak buat apa, nak tunggang terbalik ke...Tak ada masa akak nak ushar-ushar korang! Almaklumlah, bukan orang penting pun kat sekolah tu. Haha.

KENANGAN...walau pahit, hari ini menjadi momen manis, yang tak mungkin saya lupakan.😍

*** Al-fatihah buat geng Aspuri yang terlebih dahulu dijemput Maha Pencipta, arwah Hisharina, Mek Ja dan Shikin. Moga dirimu tenang di sana, sahabat. Aamin, ya rabbal alamin.


Nostalgia 1995/1996
SMTTARP Penang, dalam kenangan.

No comments:

Post a Comment