Thursday 8 November 2018

CERITERA AZLIN MUHAMMAD

Teks : Noor Azlin Muhammad


Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.

Salam perkenalan, salam pembuka bicara...

Saya, Noor Azlin Binti Muhammad, berstatus isteri dan ibu beranak tiga. Kini berusia 39 tahun,dilahirkan di Hospital Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pendidikan awal bermula di Sek Keb Kg Gelam,Port Dickson, dari tahun 1 sehingga tahun 3. Kemudiannya menyambung persekolahan di Sek Keb Demit, Kubang Kerian kerana mengikut keluarga berpindah ke Kota Bharu pada pertengahan tahun 1988. Saya memulakan persekolahan menengah di Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu selama setahun, kemudiannya di Sek Men Beris Panchor, Bachok. Pada tahun 1995, menyambung persekolahan tingkatan 4 di Sek Men Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang sehingga di tingkatan 5, dalam jurusan Perdagangan.
Selepas memperoleh keputusan yang agak memuaskan dalam SPM 1996, saya telah diterima masuk ke Program Matrikulasi di Kolej Mara Kuala Nerang,Kedah selama setahun. Seterusnya menyambung pelajaran ke Universiti Utara Malaysia,Sintok dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan ( BBA (hons) )

Selepas menamatkan pengajian selama 3 tahun setengah, saya mendapat peluang berhidmat sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih di Sek P Methodist (1), KL.Memegang amanah sebagai guru kelas dan mengajar murid darjah 1 dan 5 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Hanya bertahan selama 7 bulan, kemudiannya bekerja sebagai Pembantu Akaun di DMG Holdings Sdn Bhd., syarikat milik keluarga. 3 bulan selepas itu mendapat tawaran kerja sebagai Pembantu Audit di Firma Audit, Wong & Co. Di sinilah saya banyak belajar tentang penyediaan penyata akaun syarikat, pengauditan akaun dan percukaian. Hampir 3 tahun di sini, saya kemudiannya berkhidmat sebagai Pengurus Akaun dan Pentadbiran di Madani Millennium Auto Sdn Bhd iaitu Dealer Proton Edar di Nilai selama 12 tahun.

Pengalaman bisnes lebih berkisah kepada perniagaan milik keluarga. Salah satunya adalah syarikat pengedar dan penjual kereta import terpakai, Perisai Wira Sdn Bhd yang telah diusahakan oleh ayah saya semenjak 40 tahun yang lepas. Namun saya tidak terlibat secara langsung dalam operasi perniagaan tersebut. Hanya sebagai pengarah syarikat.
Kini, saya bergelar Usahawan Online projekSTG, wakil pengedar Sahajidah HaiO Marketing Sdn Bhd. secara sepenuh masa. Bekerja dalam satu pasukan bersama lebih 50 'downline' di bawah seliaan saya.

Minat saya lebih kepada dekorasi rumah, melancong, memanjat bukit/gunung, menulis, aktiviti kesenian seperti tarian,teater,lakonan,nyanyian dan berpuisi.
Kemahiran dan kepakaran pula dalam menyediakan penyata akaun syarikat (kecuali syarikat pembinaan), pengurusan syarikat dan mengendalikan sistem akaun MYOB.

Saya suka membaca buku-buku dekorasi, motivasi, kekeluargaan dan keagamaan.

Blog : www.noorazlinmuhammad.blogspot.com
Email : noorazlin79@gmail.com

Matlamat utama menyertai kelas ini adalah untuk mengasah minat dan kemahiran menulis. Mampu menulis pantas dengan idea mencurah-curah.Berkebolehan membina ayat 'posting' di media sosial yang punya identiti tersendiri,memandangkan saya perlu menyiapkan 5 entri sehari di kedai online Facebook dan Intagram setiap hari.Memberi manfaat kepada insan lain melalui penulisan iaitu dalam bentuk perkongsian ilmu dan pengalaman.Memberi info tentang bisnes dan mengajak lebih ramai usahawan menyertai projekSTG di bawah syarikat Sahajidah HaiO Marketing Sdn Bhd.

Penulisan yang tak seberapa ini harapnya dapat memberi sedikit motivasi, inspirasi dan info bermanfaat kepada anda. Ladang pahala dan kenangan andai saya sudah tiada.

Terima kasih semua !

Salam sayang.



No comments:

Post a Comment