Monday 12 November 2018

KISAH KANAK-KANAK - CINTA MONYET ?

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


Adib malu-malu kucing!

"Tak nak lah amik gambar,dia suka kacau Adib !"

Sebelum tu mereka main kejar-kejar, conteng kapur kat muka, gelak-gelak, terjerit-jerit. Almaklumlah, Ibu orang kedua terakhir ambil kad laporan peperiksaan pertengahan tahun hari ni. Cikgu pun dah tak hirau anak murid riuh rendah.

Hihi, comelkan ?

Ibu dulu pun ada teman tapi mesra masa darjah 1 tau! Bila diingatkan balik, manisnya masa tu.

Dia pernah bagi nota bertulis "I LOVE U" masa duduk belajar mengeja beramai-ramai atas tikar getah, dalam kelas. Adoi, luruh jantung ku. Malu pun ada. Baru belajar mengeja ada hati pula nak bercinta? Kelakarkan? Haha.

Bila ibu menangis, kena pelempang dengan cikgu kelas sebelah, dia datang pujuk-pujuk. Ada beberapa orang lagi yang datang memujuk masa tu. Lepas tu kami gelak sama-sama, sambil lap air mata. Eh, kena pelempang bukan salah Ibu tau. Cikgu tu yang garang sangat. Sebab berjalan masa cikgu tak ada dalam kelas ja pun. Ibu pula betul bendul sangat. Sepatutnya bila cikgu datang jenguk, cepat-cepatlah lari duduk tempat masing-masingkan? Ini tidak. Kau duduk merenung di luar jendela lagi. Hmmmm, mendapatlah jawabnya.

Pernah juga satu ketika kami jalan beriringan di padang sekolah, ambil milo percuma. Eh, mesra sungguh rasanya, macam pasangan bahagia tau. Oppss...Haha.

Momen paling tragis yang masih tak dapat dilupakan. Satu hari bila dia cuba nak cium pipi Ibu. Dicabar kawan rasanya."Cikguuuuuu !", ku menjerit sekuat hati. Cepat-cepat mengadu pada cikgu kelas masa tu. Huh, gatal juga rupanya!

Masa darjah 3, Ibu berpindah sekolah. Terus terputus hubungan selepas itu.

Oh, adakah ini yang dinamakan cinta monyet ?Atau hanya syok sendiri ?
Kih kih kih.

Walaupun 32 tahun sudah berlalu, ku masih ingat wajah dan nama watak-watak dalam penceritaan ini.

Kenangan 1986...
Cerita kanak-kanak ku.



No comments:

Post a Comment