Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad
Sekadar perkongsian...
Dari kecil, Mak Abah sentiasa ingatkan kami, makan biar licin jangan membazir. Kata mak, nasi tu menangis kalau tak habis!
Sudahnya, sehingga dewasa...Saya akan pastikan makan apa-apa pun habis dan licin. Sudah menjadi kebiasaan.
Kalau makan di luar tak larat nak habis, bungkus bawa balik dan cuba habiskan di rumah.
Ingat lagi masa 'dating' dengan 'boifren' di awal-awal perkenalan kami. Saya makan nasi goreng licin pinggan tanpa segan silu. Si dia kagum! Katanya selalu perempuan kalau dating, bajet makan sikit-sikit, pastu tak habis, tapi awak selamba jer ?...Mungkinkah salah satu ciri ini asbab daku dipilih sebagai surihati mu, en suami ?
Heheh...😁
Sebab dah terbiasa begitu, maka ada kalanya bila makan di luar dan terlihat sekeliling, ada yang makan tak habis. Hanya jamah sedikit dan dibiarkan. Kalau di kenduri-kendara pun sama. Cedok penuh pinggan lepas tu dibuang begitu saja. Begitu juga di majlis buffet hi- tea, dinner di hotel. Ambil banyak-banyak lepas tu dibiar tersadai atas meja.
Aduhhh, dududu...sakit mata, sedih tengok !😔
Ciklin cuma nak pesan, kalau pergi majlis makan-makan tu, ambillah berpada-pada. Ikut keupayaan kita untuk habiskan...Jangan ikut nafsu. Memang makan free, tak payah bayar. Tapi itukan rezeki dari Allah.
Saban hari kita berdoa, minta Allah murahkan rezeki, tapi bila Allah dah bagi, kenapa pula dibuang-buang ❓❓❓
Belajarlah bersyukur, elakkan pembaziran.
Masih juga istiqamah, memupuk sikap ini dalam keluarga kecil saya agar terus berpanjangan ke generasi hadapan...InshaAllah.
Bak kata Mak, "Selagi ada, selagi dedeh!"😍
Terima kasih Mak, Abah ajari aku tentang hidup...
#DiariIbuAnak3
Showing posts with label CATATAN PENGALAMAN. Show all posts

Thursday, 7 March 2019
Friday, 30 November 2018
NENEK
Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad
Mak, kak Nora dan Dini selamat sampai di KLIA seawal pukul 3 pagi tadi dari New Zealand. Sesampai di rumah, lepak borak-borak sampai Subuh. Masing-masing teruja berkongsi pengalaman bercuti di negara orang. Lepas tu sempat lelap kejap. Siap-siap terus bertolak ke Port Dickson. Melawat Nenek kat sini. Mak tak jet lag ke? Mak ok saja. Saya pula yang terasa jet lag ni gara-gara tak cukup tidur. Huhu.
Hari ni.
Kami balik kampung kedua.
Sempat makan tengahari di rumah Cikda.
Minum petang rumah Ma Som.
Rumah adik-adik Mak.
Syukur, masih berkesempatan cium dan peluk nenek erat-erat.
Saat kami sampai, Nenek seolah menahan rasa hiba. Mungkin terharu, sebak. Sukar diramal.
Dari sudut hatinya seolah menangis.
Ketika muda, Nenek suka menjahit.
Perca-perca kain dicantum jadi alas tempat duduk, kain lap kaki, cadar.
Rajin menjahit baju, juga kain barut perut semasa saya berpantang.
Pandai memasak. Pernah juga Nenek buat Akok, untuk jualan.
Nenek suka melayan anak cucu bergambar. Dari dulu pun kalau ajak berfoto dia mesti tak menolak. Sebab itu saya akan merakam foto kami setiap kali bersama. Saya tahu, Nenek suka.
Nenek gemar naik kereta bersiar-siar juga. Kalau kami nak berjalan, cepat saja dia nak ikut.
Kini semua tinggal kenangan.
Tiada kedengaran suara Nenek lagi.
Sudah tidak mampu berjalan sendiri.
Kekadang mengalir air jernih dari kedutan kelopak matanya. Badannya kurus hanya kulit kedut seribu membalut tulang.
Makan minum bersuap. Namun syukur, makannya masih lalu berselera.
Pernah saya tertanya sendiri, macamana agaknya perasaan Nenek? Adik beradiknya semua sudah tiada. Hanya tinggal dia saja. Meneruskan sisa usia.
Saat kami mohon pulang, Nenek mula gelisah.
Nak ikut pulang sama.
Nenek Mek Jah, 91 tahun.
PETTING ZOO DI MAEPS SERDANG
Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad
Salah satu aktiviti Family Day kami Ogos lepas adalah ke petting zoo di MAEPS Serdang.
Tiket masuk dewasa : RM20
Tiket masuk kanak-kanak : RM10
Tapi disebabkan kami masuk berkumpulan, maka dapat pula diskaun tambahan.
Ini adalah pengalaman pertama saya dan famili di sini. Teruja !
Teruja sebab tengok anak-anak sangat teruja. Terutamanya si bongsu, Adel. Selamba saja tenyeh kepala ayam, burung. Aduhai, nasib baik tak kena patuk.
Tapak petting zoo ni taklah luas mana.(tak reti pula nak anggarkan keluasannya).Tapi kiranya sesuailah untuk mak, ayah dan anak-anak kecil beriadah. Kalau luas sangat, kau pun tak larat nak menapak. Kan ?
Disajikan pula dengan haiwan-haiwan comel, gebu, besar dan gemuk. Geram!
Jom tengok, apa yang menarik dapat saya kongsikan dari lensa telefon bimbit ku. Jika ada yang tercari-cari lokasi menarik di musim cuti sekolah ni, bolehlah pertimbangkan ke sini.
Semoga bermanfaat.💕

Wednesday, 28 November 2018
MANFAAT HIKING/JUNGLE TREKKING
Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad
KENAPA SAYA SUKA HIKING/ JUNGLE TREKKING ?
🌸 Meningkatkan stamina.
🌸 Pupuk sikap sabar, semangat juang, daya ketahanan diri.
🌸 Lupakan masalah sekejap.
🌸 Kurangkan depresi.
🌸 Bagus untuk jantung.
🌸 Menghilangkan stress.
🌸 Mencari ketenangan.
🌸 Terapi minda. Buat kita gembira.
🌸 Merapatkan ukhuwah sesama geng mendaki, pupuk sikap bertolak ansur.
TIPS CAPAI MATLAMAT KE PUNCAK DAN TURUN PENUH KEPUASAN !
🌸 Fokus kepada matlamat utama.
🌸 Tak perlu terkejar-kejar.
🌸 Tak payah tahu berapa jauh lagi perjalanan.
🌸 Nikmati setiap detik perjalanan atau pendakian. Sambil berjalan buat sesuatu yang anda suka. Contoh ambil gambar, rekod video, berwirid, berbual dengan kawan.
🌸 Bergerak mengikut keupayaan dan kemampuan diri.
🌸 Berlawan dengan diri sendiri .
Tips hiking versi mak-mak. Jom !

Wednesday, 21 November 2018
KISAH DI ASRAMA
Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad
"Ushar-ushar apa ?!"
Itulah kata-kata keramat yang masih terngiang-ngiang di telinga.Huh, perasannya dia ni ! Desus hati kecil ku.Moral of the story, kalau tak mahu kena sergah macam tu, jalan kena tunduk lantai, tak boleh toleh kiri kanan.
Ini kisah tingkatan 4 saya di asrama Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Penang sesi 95/96.
Selalu kena toucher kakak-kakak senior. Sudahlah hidup jauh di perantauan.Tiada kawan baik, tiada pula keluarga.Pendek kata, memang tak ada tempat nak bermanja. Ada masanya, cemburu dengan kawan-kawan. Mereka ada abang angkat, kakak angkat...Aku? Tiada siapa yang nak angkat! Mungkin kurang comel masa tu. Hihi.
Hidup di asrama sangatlah perit! Kalau boleh tak mahu balik asrama, nak duduk saja kat sekolah tu.
Masa latihan fizikal (Physical Training), siaplah korang kena bambu !
Kesalahan saya masa tu, solat dalam bilik.Ini gara-gara balik sekolah lambatlah, lepas tu malas nak mengadap muka senior yang sinis kat surau tu.
Makanya, mendapatlah! Disuruhnya lari pusing padang ala-ala bawa motor. Siap bunyi "vroomm vroomm"! Eh, ala-ala naik kapal terbang pun ada. Depan-depan Aspura. Malunya cek ! Hey, saya anak dara dah kak. Disuruhnya buat perangai macam budak tadika! Huh.
Itulah, siapa suruh tak ikut peraturan kan?
Tudung sekolah yang putih bersih tu naik kepam jadinya. Sebab? Kami dilarang memakai tudung lain selain tudung sekolah. Makanya tudung tulah yang kau belasah untuk ke sekolah, belajar petang, riadah, jemur kain kat ampaian, ke dewan makan, belajar malam. Senang cerita, asalkan keluar dari dorm, mesti sarung tudung sekolah! Tiada tudung warna-warni atau corak-corak ya!
Motif? Senior tak mahu tengok kami cantik-cantik agaknya. Hmmm.
Berbeza dengan kehidupan di tingkatan 5.
Semuanya bertukar menjadi sangat indah. Tak ada siapa berani kacau. Belajar, fokus untuk SPM saja masa tu. Rasanya saya adalah kakak senior yang paling baik.Lantaklah dik, kau nak buat apa, nak tunggang terbalik ke...Tak ada masa akak nak ushar-ushar korang! Almaklumlah, bukan orang penting pun kat sekolah tu. Haha.
KENANGAN...walau pahit, hari ini menjadi momen manis, yang tak mungkin saya lupakan.😍
*** Al-fatihah buat geng Aspuri yang terlebih dahulu dijemput Maha Pencipta, arwah Hisharina, Mek Ja dan Shikin. Moga dirimu tenang di sana, sahabat. Aamin, ya rabbal alamin.
Nostalgia 1995/1996
SMTTARP Penang, dalam kenangan.

Tuesday, 20 November 2018
NOSTALGIA DAN HUJAN
Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad
"Ibu berhentilah kat tepi.Adam tak nak kena hujan, nanti demam!"
"Ok, ok ! Ibu pusing masuk pagar sekolah."
Alahai anak, manjanya.Ibu dulu tiada pun istilah demam kena hujan.
Apalagi, Ibu mulalah buka cerita lama.
"Dulu masa ibu sebaya Adam, adakala bila hujan turun, kami ke padang lapang depan rumah Maktok. Mandi hujan sambil berkejaran main Pukul Berapa Datuk Harimau dan Musang Kejar Ayam. Bola tampar juga! Yang ni gara-gara pengaruh drama Moero Attack...tamparan padu maut, tamparan berpusing! Semua keluar. Ala-ala Chun si jaguh bola tampar dunia itu. Haha,berangan masing-masing!
Kenangan manis kami adik beradik.
Seronok, bebas meneroka dunia kanak-kanak yang penuh warna. Rindunya zaman itu.
Sekarang sangat faham, kenapa Mak suka bercerita kisah-kisah lampau beliau kepada kami. Adakalanya berulang-ulang kali.
Ya, Mak pun kerinduan barangkali.
Nostalgia...Diari ibu anak 3.

BELAJAR DI UUM SINTOK
Teks : Noor Azlin Muhammad
Akhir-akhir ini sering saja terkenang memori lebih 18 tahun dulu ketika masih bergelar pelajar U.
Rindu sangat suasana dewan kuliah.
Rindu sangat kawan-kawan.
Rindu sangat kenangan pertama kali berjumpa si dia yang kini ku gelar Encik Suami.
Rindu sangat Cendol Pulut di Jitra.
Rindu sangat char kue teow kerang di Kolej Aseania.
Rindu sangat sotong celup tepung di Kuala Perlis.
Rindu sangat stay-up belajar malam sepanjang minggu peperiksaan.
Rindu sangat keluar Alor Star bersama rakan seperjuangan.
Dan macam-macam rindu lagi.
Malah, momen berhimpit dalam bas ke Pasar Malam Cangloon (PMC) pun antara peristiwa manis dan indah dalam lipatan kenangan.
Aduhai, rindu serindu rindunya.
Ingin rasanya ku berpatah balik ke usia remaja yang penuh ceria.
Tapi, apakan daya.
Eh,tiba-tiba mataku berkaca!

Wednesday, 14 November 2018
PENGALAMAN BERSALIN - DIA YANG PERTAMA
Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad
Sebelas tahun dulu, pada tarikh 16 Oktober 2007, bertukarlah status bergelar ibu.
15 Okt 2007 (3 Syawal 1428H)
Pada Hari Raya ke 3,masih belum nampak tanda-tanda si dia nak keluar. Ahli keluarga semua dah tak sabar menunggu kelahiran pertama ini. Mereka pun tak boleh tunggu lama. Masing-masing ada perancangan lain, maklumlah semua pun tinggal di luar Kelantan. Setelah dipertimbangkan, baiklah ku rela serah diri di Pusat Perubatan Annisa', Kota Bharu. Selepas doktor memeriksa kondisi ibu dan anak, semua sihat. Janin dah cukup sifat untuk keluar ke dunia. Ketika itu, saya tekad menjalani proses kelahiran secara induce.
Sementara pihak pusat perubatan menguruskan keperluan bilik, sempat lagi pergi beraya rumah terbuka seorang sahabat di Wakaf Che Yeh. Makan puas-puas sebelum berpantang. Hihi.
Selepas puas makan, daftar masuk balik.Dalam pukul 4 petang, proses induce kali pertama dan kali kedua pada malamnya. Masa ni belum rasa sakit pun. Adik-beradik datang berkampung dalam bilik. Masih boleh borak-borak, bergelak ketawa.Tapi hakikatnya, risau tuhan saja yang tahu. Tak putus-putus baca doa dipermudahkan bersalin. Sampai renyuklah kertas doa tu ku kerjakan. Tak lupa juga doa 'La ilahaillaanta subhanakainni kuntu minazzolimin'.
Sambil melayan sakit kontraksi, sempat juga tengok berita di televisyen, kisah Dr. Sheikh Muszaphar naik ke bulan.
16 Okt 2007 ( 4 Syawal 1428H )
Lebih kurang jam 3 pagi, doktor datang untuk periksa jalan lagi. Prosidur yang paling saya tak suka. Prosidur di mana doktor akan memasukkan jari ke dalam vagina/ rongga faraj untuk membaca bukaan pada serviks. Sakit dan malu wey! Haha. Tapi doktor, jururawat dan bidan yang bertugas masa itu memang baik dan lemah lembut melayan karenah mak buyung. Selepas memasukkan ubat ke tiga, barulah sakit kontraksi semakin menjadi-jadi. Tidak keruan dibuatnya. Baring, kemudian duduk, berjalan, berdiri, ulang lagi. Cuba mencari posisi selesa. Memang ku tak boleh lena semalaman. Suami yang menemani hanya mampu menenangkan, bagi kata-kata semangat. Silap cakap, percuma pula dimarah isteri yang sedang bertarung menahan sakit...Maaf Bang!
Dalam tempoh itu, beberapa kali panggil jururawat. Bila datang periksa, belum lagi, belum lagi dan belum lagi. Sebab menurut firasat mereka, memang belum sampai masa. Baiklah, ku layan lagi kontraksi. Mundar mandir.
Pukul 7 pagi, jururawat menjengah kami, nak periksa denyutan jantung bayi katanya. Serentak itu dah rasa nak meneran sangat.Cepat-cepat mereka papah, letak di kerusi roda. Ploooppppp ! Basah kain. Ketuban pecah ke? Berteka-teki sendiri.
Maka bermulalah perjuangan di bilik bersalin.
Masuk saja labour room terkocoh-kocohlah doktor, jururawat dan bidan menyiapkan tempat dan kelengkapan. Kata doktor, cepat sangat ni. Beliau menjangkakan saya bersalin petang itu. Sepanjang proses bersalin, tak henti-henti kata semangat dari mereka. "Sikit lagi, sikit lagi! Jangan pejam mata! Jangan angkat punggung! Ok, dah nampak kepala!"
Dua tiga kali meneran, akhirnya bayi lelaki seberat 2.9 kg lahir secara normal tepat jam 8.35 pagi. Proses yang cepat dan lancar. Syukur, Alhamdulillah dipermudahkanNya.
Selepas mengazankan bayi dan pihak pusat perubatan menyiapkan kami, berehatlah si ibu yang sememangnya agak mamai sebab tak tidur semalaman, penat meneran. Namun masih mampu meraikan kunjungan sahabat taulan dan saudara mara di wad. Malamnya barulah kami discharge, pulang ke rumah.
Seronoknya masa tu, semua ahli keluarga ada dan mereka juga teruja akan kelahiran pertama saya. Esoknya, sempatlah ahli baru menyertai perhimpunan keluarga, iaitu acara wajib keluarga kami setiap kali Aidilfitri tiba.
Semasa berpantang, ramai yang bertanya, "sakit tak induce? Orang cakap sakit."
Menjawab persoalan ini, saya pun tak pasti sebab tak pernah alami kelahiran normal tanpa induce lagi. Inikan yang pertama.
Tapi setelah 3 kali pengalaman bersalin normal, bagi saya ini yang paling mudah antara semua.
Sebab dia yang pertama, pengalaman pertama. Memang susah nak lupa. Ibu coret di sini, harap tak lupa sampai bila-bila.
Adam Hadif, 16 Oktober 2007.

Monday, 12 November 2018
KISAH KANAK-KANAK - CINTA MONYET ?
Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad
Adib malu-malu kucing!
"Tak nak lah amik gambar,dia suka kacau Adib !"
Sebelum tu mereka main kejar-kejar, conteng kapur kat muka, gelak-gelak, terjerit-jerit. Almaklumlah, Ibu orang kedua terakhir ambil kad laporan peperiksaan pertengahan tahun hari ni. Cikgu pun dah tak hirau anak murid riuh rendah.
Hihi, comelkan ?
Ibu dulu pun ada teman tapi mesra masa darjah 1 tau! Bila diingatkan balik, manisnya masa tu.
Dia pernah bagi nota bertulis "I LOVE U" masa duduk belajar mengeja beramai-ramai atas tikar getah, dalam kelas. Adoi, luruh jantung ku. Malu pun ada. Baru belajar mengeja ada hati pula nak bercinta? Kelakarkan? Haha.
Bila ibu menangis, kena pelempang dengan cikgu kelas sebelah, dia datang pujuk-pujuk. Ada beberapa orang lagi yang datang memujuk masa tu. Lepas tu kami gelak sama-sama, sambil lap air mata. Eh, kena pelempang bukan salah Ibu tau. Cikgu tu yang garang sangat. Sebab berjalan masa cikgu tak ada dalam kelas ja pun. Ibu pula betul bendul sangat. Sepatutnya bila cikgu datang jenguk, cepat-cepatlah lari duduk tempat masing-masingkan? Ini tidak. Kau duduk merenung di luar jendela lagi. Hmmmm, mendapatlah jawabnya.
Pernah juga satu ketika kami jalan beriringan di padang sekolah, ambil milo percuma. Eh, mesra sungguh rasanya, macam pasangan bahagia tau. Oppss...Haha.
Momen paling tragis yang masih tak dapat dilupakan. Satu hari bila dia cuba nak cium pipi Ibu. Dicabar kawan rasanya."Cikguuuuuu !", ku menjerit sekuat hati. Cepat-cepat mengadu pada cikgu kelas masa tu. Huh, gatal juga rupanya!
Masa darjah 3, Ibu berpindah sekolah. Terus terputus hubungan selepas itu.
Oh, adakah ini yang dinamakan cinta monyet ?Atau hanya syok sendiri ?
Kih kih kih.
Walaupun 32 tahun sudah berlalu, ku masih ingat wajah dan nama watak-watak dalam penceritaan ini.
Kenangan 1986...
Cerita kanak-kanak ku.

Subscribe to:
Posts (Atom)