Friday 16 November 2018

APA ITU PROJEK STG


Teks : Noor Azlin Muhammad
Foto :  FB Norazlin Nordin


Projek STG ringkasan daripada Projek Smart Tycoon Group. Iaitu salah sebuah kumpulan usahawan pengedar yang memasarkan produk dari Syarikat Sahajidah HaiO Marketing Sdn Bhd.

Untuk menyertai pasukan jualan ini, anda hanya perlu mendaftar keahlian RM47 sahaja.

Setelah menyertai keahlian RM47, anda bebas untuk berbisnes atau hanya menggunakan sendiri produk-produk tersebut. Walau apa pun tujuan penyertaan anda, syarikat tetap memberi ganjaran yang sama rata asalkan anda mencapai target yang ditetapkan. Hasil jualan terkumpul akan dihitung dari masa ke masa bagi menentukan kenaikan pangkat atau kenaikan peratus bonus bulanan. Sebenarnya banyak lagi faedah yang ditawarkan syarikat kepada usahawan SHOM melalui projekSTG, namun akan saya kupaskan dalam perkongsian yang akan datang.

Beberapa pangkat pencapaian akan dilalui oleh para usahawan SHOM seperti yang berikut :
i)   Pengedar (D1-D6), jualan terkumpul 100 - 12,000, tangga bonus 3%-18%
ii)  Sales Manager, jualan terkumpul 20,000, bonus 21%
iii) Senior Sales Manager, jualan terkumpul 60,000, bonus 26%
iv) Diamond Sales Manager, jualan terkumpul 180,000, bonus 31%
v)  Double Diamond Manager, jualan terkumpul 720,000, bonus 36%
vi) Crown Diamond Manager, jualan terkumpul 2 juta, bonus 41%

Makanya, matlamat pengedar adalah untuk capai ke pangkat Crown Diamond Manager secepat mungkin, untuk menikmati gerbang bebas masa, bebas kewangan. Malah pelbagai lagi insentif, cabang-cabang pendapatan yang bakal dinikmati oleh usahawan bergelar CDM. Maka untuk merealisasikannya, mereka akan bekerja secara berjemaah dalam satu pasukan, projek STG.

Siapakah orang kuat disebalik projek STG ?
Puan Hjh Norazlin Bt Nordin, beliaulah pengasas projek STG yang dulunya bertugas sebagai felo di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Pemegang pendapatan lebih RM300,000 sebulan ini sehingga kini giat melahirkan ramai usahawan-usahawan berpangkat CDM di bawah rangkaian beliau.

Tuan Hj Arifin Shah pula adalah Mastermind STG dan guru Minda Magnet Rezeki kami. Bekas jurutera minyak dan gas ini sekarang berkhidmat di STG sepenuh masa sebagai coach kami.

Memetik kata-kata beliau ketika memberi ucap tama di majlis ulangtahun SHOM ke 25 yang lepas...
Jadilah seperti si kunang-kunang.
Jika berseorangan akan malap.
Jika berkumpulan ia akan lebih bercahaya.
Kehidupan yang biasa-biasa akan menjadi luar biasa.

Ya, dalam bisnes ini kami diajar bekerja dalam satu pasukan.Saling membantu dan menginspirasikan.
Jurujual tidak kaya. Yang kaya ialah cikgu bisnes yang melahirkan lebih ramai cikgu bisnes di bawah rangkaian masing-masing.

Atau dengan kata lainnya, kami bukan sahaja diajar untuk menjadi seorang jurujual yang hebat, tapi menjadi networker, yang mengembangkan rangkaian bisnes bersama-sama.

Projek STG telah menyediakan platform bisnes yang lengkap dengan mentor, sistem dan ilmu yang telah diyakini dan terbukti. Buktinya, STG telah berjaya melahirkan ramai CDM, usahawan berpangkat paling atas dalam hirarki pengedar SHOM.

Projek STG,we teach life skills,we train business skills.


No comments:

Post a Comment