Tuesday 27 November 2018

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


Hari ni, usai urusan kami di Seremban, Cikti bercadang makan di sebuah kedai masak cili api Negeri Sembilan di Nilai. Suami kirim bungkus katanya. Sejurus sampai di Restoran berkonsep dalam rimba itu, beratur panjang pula. Kelihatan juga sekumpulan lelaki berundur, mungkin tak sanggup beratur lama. Kami masih di situ sambil berfoto-foto depan restoran. Almaklumlah pertama kali menjejak kaki di sini.

Tiba giliran kami masuk, datang seorang pekerja restoran memaklumkan bahawa makanan sudah habis. Meja kerusi juga sudah penuh. Sejurus itu ditutup pula pintu kayu restoran utama mereka. Mungkin isyarat No Entry! .Wah, laku keras sungguh! Makanya pulanglah kami melangkah hampa.

Jadi, ke mana kita lepas ni? Memang kena makan memandangkan perut masing-masing dah berkeroncong mintak makan.
Bila kekanda-kekanda bertanya,"Mana lagi kedai makan sedap kat Nilai ni?"
Huh! saya pun mati kutu. Walaupun 12 tahun kau pernah bekerja kat sini ?

Nampak sangat kan?

Haha. Eh, bukan tak ambil tahu. Lunch time dulu makan apa saja yang senang capai. Gerai kuih, nasi lemak RM1 pun jadi. Bila anak-anak dah mula sekolah, lunch time kau hanya dalam kereta bekejar jemput hantar anak sekolah. Ha, itulah pasal. Tak sempat nak jejak pun semua kedai-kedai makan sedap kat Nilai ni. Boleh terimakan alasan tu?Hihihi.

Tiba-tiba teringat kedai makan kegemaran suami bersama geng motor beliau. Pernah juga dibungkuskan Mee Bandung Muar untuk puan isterinya. Akhirnya, kami pun sampailah di sini, Restoran Semangkuk bertempat di Batang Benar, Nilai. Lokasinya betul-betul depan jalan besar menghala ke Mantin.

Memang sangat berpuas hati. Sedap sangat! Kak Nonie dan Cikti pun setuju. Siap bungkus bawa balik untuk suaminya lagi. Lega saya, mereka suka.

Menu kami petang ni, Mee Bandung Muar, Mee Kari Udang, Pisang Goreng Cheese, Cendol Durian Tempurung, Air Kelapa Lemon Laici dan Coconut Shake Ice-cream. Licin kami makan. Tandanya, memang sedap sehingga menjilat jari.

Tapi bab-bab makan ni memang kami adik-beradik sejenis yang makan licin. Sudah diterapkan sedari kecil, makan habis jangan dibuang-buang! Bak kata Mak, "Selagi ada, selagi dedeh!"

Syukur untuk rezeki hari ini. Alhamdulillah.








No comments:

Post a Comment