Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad
KELAS TAMBAHAN 📖📝👩🏫
Hari ni bermula kelas tambahan Sabtu dan seterusnya pada cuti2 semester persekolahan. Pagi sekolah kebangsaan, petang pula sekolah agama.
Kata Adam, "tak setuju buat kelas Sabtu. Sebab Adam nak berehat !"
Alasann..Nak main game lah tuuu...🤪
Ialah, 5 hari sekolah pagi dan petang. Itu pun ibu tak ambil tuisyen untuk Adam. Rasanya cukuplah dengan kelas tambahan pada hari sekolah dan hari cuti. Ibu faham awak penat.
Ehh, tapi ibu lagi suka awak pergi kelas tambahan masa cuti tau... Atleast takda lah dok bergomol dan 'berumbah' kat rumah dengan adik-adik. Sibuk pulak tu mengecek hp ibu..🤪
Masa mu lebih terisi perkara berfaedah...kan?😘
Walaupun lepas ni si Ibu Supir kena kerja overtime dan tiada lagi jenjalan, bercuti di hari Sabtu dan cuti am, ibu redha.😪😢
Nampak tak pengorbanan ibu di situ...hikhik...😁
Takpelah...
Berakit-rakit dahulu,
Berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kita kemudian.
...yer, nak ! 💪💪💪
Izinkan Ya Allah...
#AdamHadif #CalonUPSR2019 #CalonPSRA2019
#DiariIbuAnak3
Showing posts with label CATATAN HARIAN. Show all posts

Thursday, 7 March 2019
Friday, 30 November 2018
CLOSING DAY 30 NOV 2018
Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad
Sibuknya makcik tu !
Kiri kemaskini entri Asas Blog dan Penulisan. Kanan pula rekod jualan projek STG. Dua-dua pun nak hantar sebelum pukul 12 dan pukul 10 malam ini.
✍️🖥️💻💨💨💨
Telinga pulak tengah melayan Mak bercerita pengalamannya ke New Zealand. Tak habis lagi. Boleh kata tak berhenti dari pagi. Tak boleh nak fokus dengar dah ni, mak 😩.Haha.
Alhamdulillah. November yang sibuk dan produktif.
Penangan closing day.

JOM KEMAS DAPUR
Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad
Siap kemas dapur, yayyy!
Walaupun dapur sekangkang kera. Bila kau dah mulakan pemeriksaan teliti, lebih fokus dari rutin biasa, makan masa berjam-jam lamanya.
Banyak sangat 'khazanah' tersembunyi di dalam kabinet-kabinet dapur itu. Tin biskut, tin coklat, bekas makanan, bekas ais-krim, botol minuman dan macam-macam lagi yang sayang nak buang asalnya. Konon simpan untuk kegunaan akan datang. Akhirnya, bertahun-tahun buat menyemak saja rupanya! Haha. Sudah! Buang, buang!
Saya ada terbaca satu artikel ni. Katanya tabiat menyimpan barang-barang lama yang tak digunakan lagi ni adalah sejenis penyakit mental ! Maka seeloknya barang tersebut diberi pada yang memerlukan, disedekahkan atau dibuang saja.
Alamak, mentalkah daku?
Tapi memang betullah. Bila lupuskan barang-barang yang tak perlu tu tadi, bukan saja tempat tu lebih kemas dan rapi. Mata terang dan lapang. Fikiran pun rasa tenang. Lega sangat ! Macam kau dapat selesaikan satu beban besar dalam kepala otak. Haha.
Seronoknya. Terapi minda cara saya.

Tuesday, 27 November 2018
JALAN-JALAN CARI MAKAN
Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad
Hari ni, usai urusan kami di Seremban, Cikti bercadang makan di sebuah kedai masak cili api Negeri Sembilan di Nilai. Suami kirim bungkus katanya. Sejurus sampai di Restoran berkonsep dalam rimba itu, beratur panjang pula. Kelihatan juga sekumpulan lelaki berundur, mungkin tak sanggup beratur lama. Kami masih di situ sambil berfoto-foto depan restoran. Almaklumlah pertama kali menjejak kaki di sini.
Tiba giliran kami masuk, datang seorang pekerja restoran memaklumkan bahawa makanan sudah habis. Meja kerusi juga sudah penuh. Sejurus itu ditutup pula pintu kayu restoran utama mereka. Mungkin isyarat No Entry! .Wah, laku keras sungguh! Makanya pulanglah kami melangkah hampa.
Jadi, ke mana kita lepas ni? Memang kena makan memandangkan perut masing-masing dah berkeroncong mintak makan.
Bila kekanda-kekanda bertanya,"Mana lagi kedai makan sedap kat Nilai ni?"
Huh! saya pun mati kutu. Walaupun 12 tahun kau pernah bekerja kat sini ?
Nampak sangat kan?
Haha. Eh, bukan tak ambil tahu. Lunch time dulu makan apa saja yang senang capai. Gerai kuih, nasi lemak RM1 pun jadi. Bila anak-anak dah mula sekolah, lunch time kau hanya dalam kereta bekejar jemput hantar anak sekolah. Ha, itulah pasal. Tak sempat nak jejak pun semua kedai-kedai makan sedap kat Nilai ni. Boleh terimakan alasan tu?Hihihi.
Tiba-tiba teringat kedai makan kegemaran suami bersama geng motor beliau. Pernah juga dibungkuskan Mee Bandung Muar untuk puan isterinya. Akhirnya, kami pun sampailah di sini, Restoran Semangkuk bertempat di Batang Benar, Nilai. Lokasinya betul-betul depan jalan besar menghala ke Mantin.
Memang sangat berpuas hati. Sedap sangat! Kak Nonie dan Cikti pun setuju. Siap bungkus bawa balik untuk suaminya lagi. Lega saya, mereka suka.
Menu kami petang ni, Mee Bandung Muar, Mee Kari Udang, Pisang Goreng Cheese, Cendol Durian Tempurung, Air Kelapa Lemon Laici dan Coconut Shake Ice-cream. Licin kami makan. Tandanya, memang sedap sehingga menjilat jari.
Tapi bab-bab makan ni memang kami adik-beradik sejenis yang makan licin. Sudah diterapkan sedari kecil, makan habis jangan dibuang-buang! Bak kata Mak, "Selagi ada, selagi dedeh!"
Syukur untuk rezeki hari ini. Alhamdulillah.

KOSONG DAN SUNYI
Teks : Noor Azlin Muhammad
Hari ni terasa kosong dan sunyi. Kalau selalu terdengar jeritan si tengah dan usikan si sulung, bergomol,memekak dan terlolong. Hari ni situasinya amat berbeza. Rumah lengang dan sepi. Kemas dan rapi tanpa sepahan mainan seperti selalu.
Adam dan Adib menunaikan hasrat Nenek bercuti di kampung selama seminggu. Maka, tinggallah ayah, ibu dan Adel di rumah. Eh, rasa macam 9 tahun lepas ketika bergelar ibu muda beranak satu pula.
Meluangkan masa emas bersama si bongsu pastinya. Alhamdulillah, sedikit ruang untuk ibu menghela nafas lega.
Diari ibu anak 3.

Monday, 26 November 2018
HARI AKHIR PERSEKOLAHAN 2018
Teks : Noor Azlin Muhammad
Hari Komunikasi Peperiksaan Akhir Tahun 2018, di SRA petang ini.
Alhamdulillah.
Penutup persekolahan 2018.
Walau tak naik pentas cemerlang, tetap membanggakan Ibu dan Ayah. Perjalanan masih jauh.Usaha lagi ya anak-anak. Walaupun jauh di sudut hati, teringin juga nak tengok anak-anak naik pentas. Hihi.
2019, pastinya tahun yang lebih mencabar untuk Adam, bakal menduduki UPSR dan PSRA. Mesti lebih fokus. Aduh, Ibu pula yang risau ni.
Terima kasih Ustazah Bazlin,guru kelas yang sangat komited.
Selamat tinggal sekolah. Jumpa lagi tahun hadapan.
Yahoo, cuti sekolah !
Anak gembira, ibu pun lega. Lega sebab berehat sebentar tugas sebagai ibu supir.
Tapi seronok sebenarnya jadi supir ni. Antara saat yang ideal meluangkan masa emas bersama anak-anak. Berkongsi cerita-cerita di sekolah, belajar apa, aktiviti mereka, sebab kalau dah sampai rumah, Ibu dah sibuk dengan kerja rumah, mereka pula dah sibuk dengan aktiviti masing-masing.
Paling saya rindukan, rutin ini mengingatkan kenangan saat Mak hantar dan jemput saya ke sekolah 29 tahun dulu. Masa tu tiada gambar, hanya mampu terakam dari mata hati. Huh, rindu lagi.
Selamat bercuti anak-anak semua !

Sunday, 25 November 2018
RINDU KENANGAN
Teks : Noor Azlin Muhammad
Orang kata...
Kalau selalu terkenang momen lama.
Senyum meleret tak tentu masa.
Ada masa rindu mencengkam dada.
Rindu yang tak terungkap dengan kata.
Rindu pada kenangan.
Kenangan yang tak mungkin berulang.
Hanya mampu terakam.
Dari mata hati dan akal fikiran.
Mungkin juga dari foto simpanan.
Ada kala menahan sebak rasa.
Kekadang mengalir air mata.
Kadang terlupa.
Sudah jauh masa berlari meninggalkan kita.
Betulkan?
Dilema mak nak masuk 40 tahun. Huhu.
Friday, 23 November 2018
EGG BANJO DALAM KENANGAN
Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad
Hidangan untuk sarapan pagi.
Sangat mengimbau nostalgia.
Menu kesukaan sebelum melangkah ke sekolah.
Telur mata, bersama simbahan sos cili, diapit roti kiri dan kanan.
Sangat suka kalau telur merah kurang masak.
Gigitan yang mencair dimulut, mengalir dibibir...slurrpp! Sedapnya.
Senang kerja Mak, hari-hari sarapan ni pun tak apa.
Syukur juga anak-anak sejenis tak cerewet.
Makan sahaja apa yang ada.
Eh, jauh menerjah ke alam kanak-kanak.
Jomlah makan !
Hidangan tak lengkap tanpa Min Kaffe...
Satu untuk awak, satu untuk saya.
Bismillahirrohmaanirrohim.

SI BONGSU, ADEL.
Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad
"Momomek momomek, mmpah mmpahhh..."Ini bahasa Adel.
Maksudnya,"Sayang sikit, sayang sikit...muah, muah."
Anak manja ibu ni memang begitu. Kejap datang, cium pipi, kejap datang, cium lagi. Kadang bertepek-tepek air liur dia kat pipi ibu. Ibu redha saja. Kejap hulur tangan mintak genggam tangan dia. Kejap datang korek-korek lubang hidung dan mata ibu pula.
Sejenis yang tak banyak cakap, tapi meluahkan melalui bahasa badan.Sayang sangat kat ibu agaknya.
Ibu pun sayang awak, Adel !💓
Anak, anugerah terindah.

Tuesday, 20 November 2018
PECUTAN 10 HARI PERTAMA BERAKHIR
Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad
Hari ni, 20 November 2018.
Bermakna 10 hari pecutan kelas Asas Blog Penulisan telah berlangsung.
Maka perlu siapkan 20 entri hari ini dan lapor kepada Puan Mas Ayu Ahmad.
Saya masih belum siap tugasan.
Kesibukan mak-mak yang tak pernah habis.
Di tambah urusan bisnes, COD, pos dan coaching.
Sejujurnya, sepanjang tempoh kelas berlangsung, saya tak cukup tidur. Mencari peluang menulis saat anak-anak sedang lena dibuai mimpi. Ya, ibu perlukan masa yang tenang untuk berkarya. Kalau Adel ada, sibuk nak beriba.Nak itu dan nak ini. Si bongsu memang tak boleh tengok ibu dia duduk diam. Ada saja yang dibuat untuk menarik perhatian.
Pernah satu hari bila sibuk menyupir hantar jemput, hantar jemput anak sekolah. Bekejar ke Port Dickson dan Banting atas urusan bisnes, sampai rumah kepala berdenyut-denyut. Isyarat perlu rehat! Langsung tak menulis hari tu.
Berehat dan bertenanglah sebentar.
Kemudian sambung rutin semula.
Bak kata cikgu Ayu, orang yang sibuk itu adalah orang yang produktif.
Setiap kita punya masa yang cukup, jadi perlu bijak rancang masa!
Jangan banyak beralasan lagi.
Sepak semua ke tepi.
Fokus pada matlamat.
Ibu kena bijak guna ruang.
Eh, nak seribu daya, tak mahu memanglah seribu dalih.
Betul, betul ?
Makanya bila cikgu dah mula bergendang.
Anak murid mesti pecut ke garis penamat dengan jayanya!
Dah, jom sambung menulis.
Permudahkan Ya Allah.

Saturday, 17 November 2018
AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG.
Teks : Noor Azlin Muhammad
Dulu, selalu terfikir.
Nanti apa orang akan cakap tentang aku?
Apa pandangan mereka ?
Terlalu nak jaga tanggapan orang terhadap diri sendiri. Terlalu nak jaga hati mereka.
Tapi sekarang, mula sedar.
Tak semua orang suka dengan kita.
Tak semua orang setuju dengan pendapat dan pandangan kita.
Sebab ? Setiap orang punya pendapat dari perspektif yang berbeza. Memang mustahil untuk memuaskan hati semua pihak.
Ha, jangan hairan tau, kalau tiba-tiba ada saja orang tak suka kita tanpa sebab pun.
Tak apa. Teruskan saja langkah.
Tak semua orang faham niat dan perjuangan ku.
Tak perlu risau pun tanggapan manusia itu.
Melayan tanggapan mereka, kau takkan bergerak ke mana-mana.
Apa yang lebih penting ?
Jaga hubungan dengan Dia. Allah maha pencipta, maha mengetahui segala.
Terima kasih asbab mu projekSTG.
Ajari aku untuk jadi insan yang lebih kuat, lebih positif.

Friday, 16 November 2018
RAIKAN KEJAYAAN
Teks : Noor Azlin Muhammad
Eh, ada isu ya? Kononnya ada ibubapa yang tak setuju, panas hati, sakit mata tengok posting anak-anak orang lain terima award di hari kecemerlangan sekolah. Tunjuk anak dapat keputusan semua A ! Katanya hati mak, ayah dan anak yang kurang cemerlang akan terguris.Tak cukup itu dikatanya ibubapa riak, berkongsi kejayaan anak-anak.
Dalam ertikata lain mungkin cemburu ? Oppppss !
Eh, kalau cemburu baik itu tidak mengapa.

Rasa saya tak salah mereka berkongsi kegembiraan. Mungkin hanya sekadar
ingin berkongsi rasa gembira dan keterujaan bersama kawan-kawan di alam
maya. Riak atau tidak itu biar Allah yang adili.
Sebagai sahabat alam maya yang positif, jadikan ia sebagai inspirasi. Raikan penuh ikhlas dan gembira. Ucapkan mereka tahniah dan tanam impian untuk anak-anak anda juga berjaya seperti anak-anak mereka.
Ingat lagi pesan mentor saya, di majlis ilmu Minda Magnet Rezeki Julai lepas...
Tap energy kejayaan orang lain! Sukakan kejayaan itu dan mengarahkan kejayaan itu pada kita.Insya Allah ia akan datang pada kita pula.
Apa yang kita cakap, fikir, rasa itukan doa. Jadi, doa yang baik-baik sahaja ok?
Berhenti berburuk sangka.
Indahnya hidup, jika saling berkasih sayang...kan,kan?
Salam kejayaan !

Sunday, 11 November 2018
TIPS ELAK PEMBAZIRAN
Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad
Pisang untuk Adel
Epal untuk Adib
Oren untuk Adam
Betik untuk Adam
Tembikai untuk Adel dan Adam
Ibu dan ayah? Semua pun layan !
Dulu kalau beli buah, Ibu akan beli 1,2 jenis dalam kuantiti yang banyak.
Beli ikut citarasa sendiri.
Hasilnya...
Adakala tak habis sampai mengecut dalam peti ais.
Adakalanya ibu terpaksa habiskan, sumbat-sumbat dalam perut sendiri tak mahu membazir.
Adakalanya ayah pula tegur, " Sudah beli kenapa tak makan? "
Ini gara-gara tiada orang nak makan.
Tahun berganti tahun, Ibu belajar banyak sesuatu.
Belajar dari tindakan lepas.
Dari sebesar-besar hal.
Sehingga ke seremeh-remeh perkara.
Sekarang beli buah ikut kesukaan anak-anak saja.
Sebab faham, citarasa mereka tidak sama.
Beli pelbagai jenis dalam kuantiti sedikit.
Hasilnya...
Beberapa hari dah licin.
Puas hati, tiada pembaziran lagi.
Diari Ibu Anak 3

Thursday, 8 November 2018
DIARI IBU BEKERJA DI RUMAH
Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad
Pagi ini ibu bersemangat ! Berbunga-bunga perasaannya. Siapkan kerja rumah seawal mungkin. Lega bila anak-anak sudah melangkah ke sekolah. Niat di hati mahu mula menulis di awal pagi.
Bila cikgu Ayu sudah mula mengetuk pintu watsapp, peringatan tentang tugasan yang masih belum selesai. Alamak! Menggelabah pula dibuatnya.
Tidur dulu ya sayangku, Adel...
Ibu mahu merempit ni.
Diari ibu anak 3.
Subscribe to:
Posts (Atom)