Friday, 23 November 2018

SI BONGSU, ADEL.

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


"Momomek momomek, mmpah mmpahhh..."Ini bahasa Adel.

Maksudnya,"Sayang sikit, sayang sikit...muah, muah."

Anak manja ibu ni memang begitu. Kejap datang, cium pipi, kejap datang, cium lagi. Kadang bertepek-tepek air liur dia kat pipi ibu. Ibu redha saja. Kejap hulur tangan mintak genggam tangan dia. Kejap datang korek-korek lubang hidung dan mata ibu pula.

Sejenis yang tak banyak cakap, tapi meluahkan melalui bahasa badan.Sayang sangat kat ibu agaknya.

Ibu pun sayang awak, Adel !💓

Anak, anugerah terindah.


Wednesday, 21 November 2018

PERJALANAN BISNES-RESTU SUAMI

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


Dulu...
Encik suami meragui saya.
Boleh ke awak nak menjual ?
Boleh jual ke produk ni ?

Tapi saya yakin dan tekad untuk buat.
Saya tunjukkan kemampuan, kemajuan dan peningkatan.
Saya buktikan kata-katanya salah.
Saya tunjuk yang baik-baik saja.
Cerita perkara yang manis-manis saja.
Yang tak manis, hadam saja seorang diri.

Sekarang...
Bila beliau sendiri melihat kesungguhan Puan isteri.
Bila beliau sendiri mula rasa kehebatan produk.
Beliau pula yang teruja berkongsi dengan kawan-kawannya.
Beliau pula rajin ke stokis, punch stok barang dagangan.

Alhamdulillah.

Sebenarnya, bukan suami tak percaya atau tak suka.Tapi sebab tak mahu si isteri risau, pening kepala, serabut, susah hati bila berbisnes. Lagi-lagi bila dia dah tahu sejenis apakah isterinya itu. Kalau pemalu dan berat mulut macam saya ni, manalah suami tak meragui...kan? Haha.

Makanya, penting untuk si isteri buktikan, anda mampu hadapi semuanya dengan tenang.

Jangan sesekali berkongsi masalah bisnes dengan suami.
Sebab nanti balasnya,"Haaaa...kan Abang dah cakap!"
Tolong jangan serabutkan kepala otaknya dengan pelbagai isu bisnes anda.
Melainkan jika si dia memang menyokong pembabitan anda dari awal lagi.

Berkongsilah masalah dengan mentor bisnes yang lebih memahami situasi anda.

Salah satu tips berjaya dalam bidang yang kita ceburi adalah restu dan doa dari suami tercinta. Makanya mintalah si suami doa, cakap dan sebut yang baik-baik saja agar bisnes anda berkembang maju. Selain itu wujudkan kemesraan dan kasih sayang suami isteri agar rezeki datang melekat-lekat.

Terima kasih Encik suami, atas sokongan.


KISAH DI ASRAMA

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


"Ushar-ushar apa ?!"

Itulah kata-kata keramat yang masih terngiang-ngiang di telinga.Huh, perasannya dia ni ! Desus hati kecil ku.Moral of the story, kalau tak mahu kena sergah macam tu, jalan kena tunduk lantai, tak boleh toleh kiri kanan.

Ini kisah tingkatan 4 saya di asrama Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Penang sesi 95/96.
Selalu kena toucher kakak-kakak senior. Sudahlah hidup jauh di perantauan.Tiada kawan baik, tiada pula keluarga.Pendek kata, memang tak ada tempat nak bermanja. Ada masanya, cemburu dengan kawan-kawan. Mereka ada abang angkat, kakak angkat...Aku? Tiada siapa yang nak angkat! Mungkin kurang comel masa tu. Hihi.

Hidup di asrama sangatlah perit! Kalau boleh tak mahu balik asrama, nak duduk saja kat sekolah tu.

Masa latihan fizikal (Physical Training), siaplah korang kena bambu !
Kesalahan saya masa tu, solat dalam bilik.Ini gara-gara balik sekolah lambatlah, lepas tu malas nak mengadap muka senior yang sinis kat surau tu.

Makanya, mendapatlah! Disuruhnya lari pusing padang ala-ala bawa motor. Siap bunyi "vroomm vroomm"! Eh, ala-ala naik kapal terbang pun ada. Depan-depan Aspura. Malunya cek ! Hey, saya anak dara dah kak. Disuruhnya buat perangai macam budak tadika! Huh.
Itulah, siapa suruh tak ikut peraturan kan?

Tudung sekolah yang putih bersih tu naik kepam jadinya. Sebab? Kami dilarang memakai tudung lain selain tudung sekolah. Makanya tudung tulah yang kau belasah untuk ke sekolah, belajar petang, riadah, jemur kain kat ampaian, ke dewan makan, belajar malam. Senang cerita, asalkan keluar dari dorm, mesti sarung tudung sekolah! Tiada tudung warna-warni atau corak-corak ya!
Motif? Senior tak mahu tengok kami cantik-cantik agaknya. Hmmm.

Berbeza dengan kehidupan di tingkatan 5.
Semuanya bertukar menjadi sangat indah. Tak ada siapa berani kacau. Belajar, fokus untuk SPM saja masa tu. Rasanya saya adalah kakak senior yang paling baik.Lantaklah dik, kau nak buat apa, nak tunggang terbalik ke...Tak ada masa akak nak ushar-ushar korang! Almaklumlah, bukan orang penting pun kat sekolah tu. Haha.

KENANGAN...walau pahit, hari ini menjadi momen manis, yang tak mungkin saya lupakan.😍

*** Al-fatihah buat geng Aspuri yang terlebih dahulu dijemput Maha Pencipta, arwah Hisharina, Mek Ja dan Shikin. Moga dirimu tenang di sana, sahabat. Aamin, ya rabbal alamin.


Nostalgia 1995/1996
SMTTARP Penang, dalam kenangan.

Tuesday, 20 November 2018

JOM BINA KERJAYA BERSAMA PROJEK STG


Teks : Noor Azlin Muhammad
Foto : Allod Bergelora (jurufoto rasmi CATChampions)




Anda sedang mencari peluang kerjaya ?
Secara sepenuh masa atau separuh masa ?

Kami ada peluang yang lebih menarik untuk anda.

Jom jadi dropshipper berslip gaji yang melayakkan anda memiliki kereta dan rumah idaman sendiri. Anda hanya perlu mendaftar sebanyak RM 47 sahaja untuk bermula.

Tidak perlu kedai untuk beroperasi, bekerja mengikut keselesaan sendiri secara atas talian.

Tidak pandai berniaga ?
Jangan risau !
Anda akan dibimbing sepenuhnya oleh mentor yang sudah pun mempunyai pendapatan 3 hingga 6 angka sebulan.

Syaratnya mudah sahaja.
✔Nak sangat
✔Jiwa kental
✔Hati baik
✔Dengar cakap

Kami tidak memandang status pendidikan atau latar belakang pekerjaan anda. Asalkan mempunyai kriteria di atas, anda dipelawa menyertai kami.

Projek STG menyediakan ilmu, mentor dan sistem yang berkesan dan telah pun terbukti. Platform terbaik, set lengkap untuk berjaya !

Jom, kami ajarkan anda cara dapatkan 2 gaji sebulan melalui projek STG.
Tinggalkan kata "Nak!" dan kerjaya anda bakal bermula!

PM/WA AZLIN 017-603 2505 untuk lebih info!

BizOnline | Modal RM47
#projekSTG #CATchampions
Program #2GAJIsebulan
#CiklinTeam🌷
#SayaUsahawanSHOM
#SeniorManagerAzlin





.

PECUTAN 10 HARI PERTAMA BERAKHIR

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


Hari ni, 20 November 2018.
Bermakna 10 hari pecutan kelas Asas Blog Penulisan telah berlangsung.
Maka perlu siapkan 20 entri hari ini dan lapor kepada Puan Mas Ayu Ahmad.

Saya masih belum siap tugasan.
Kesibukan mak-mak yang tak pernah habis.
Di tambah urusan bisnes, COD, pos dan coaching.
Sejujurnya, sepanjang tempoh kelas berlangsung, saya tak cukup tidur. Mencari peluang menulis saat anak-anak sedang lena dibuai mimpi. Ya, ibu perlukan masa yang tenang untuk berkarya. Kalau Adel ada, sibuk nak beriba.Nak itu dan nak ini. Si bongsu memang tak boleh tengok ibu dia duduk diam. Ada saja yang dibuat untuk menarik perhatian.

Pernah satu hari bila sibuk menyupir hantar jemput, hantar jemput anak sekolah. Bekejar ke Port Dickson dan Banting atas urusan bisnes, sampai rumah kepala berdenyut-denyut. Isyarat perlu rehat! Langsung tak menulis hari tu.

Berehat dan bertenanglah sebentar.
Kemudian sambung rutin semula.
Bak kata cikgu Ayu, orang yang sibuk itu adalah orang yang produktif.
Setiap kita punya masa yang cukup, jadi perlu bijak rancang masa!

Jangan banyak beralasan lagi.
Sepak semua ke tepi.
Fokus pada matlamat.
Ibu kena bijak guna ruang.
Eh, nak seribu daya, tak mahu memanglah seribu dalih.
Betul, betul ?

Makanya bila cikgu dah mula bergendang.
Anak murid mesti pecut ke garis penamat dengan jayanya!
Dah, jom sambung menulis.

Permudahkan Ya Allah.

Diari ibu anak 3.

NOSTALGIA DAN HUJAN

Teks dan foto : Noor Azlin Muhammad


"Ibu berhentilah kat tepi.Adam tak nak kena hujan, nanti demam!"

"Ok, ok ! Ibu pusing masuk pagar sekolah."

Alahai anak, manjanya.Ibu dulu tiada pun istilah demam kena hujan.

Apalagi, Ibu mulalah buka cerita lama.

"Dulu masa ibu sebaya Adam, adakala bila hujan turun, kami ke padang lapang depan rumah Maktok. Mandi hujan sambil berkejaran main Pukul Berapa Datuk Harimau dan Musang Kejar Ayam. Bola tampar juga! Yang ni gara-gara pengaruh drama Moero Attack...tamparan padu maut, tamparan berpusing! Semua keluar. Ala-ala Chun si jaguh bola tampar dunia itu. Haha,berangan masing-masing!

Kenangan manis kami adik beradik.
Seronok, bebas meneroka dunia kanak-kanak yang penuh warna. Rindunya zaman itu.

Sekarang sangat faham, kenapa Mak suka bercerita kisah-kisah lampau beliau kepada kami. Adakalanya berulang-ulang kali.

Ya, Mak pun kerinduan barangkali.

Nostalgia...Diari ibu anak 3.

BINA PENDAPATAN KEDUA MELALUI PROJEK STG

Teks : Noor Azlin Muhammad


Memori semalam,19hb November 2018.

Melawat anak bisnes dari legasi SM Cat Zara di Port Dickson, Negeri Sembilan iaitu SM Raja Saidatul Onn Jalil. Beliau adalah pemilik Restoren Kulit Kayu Manis yang telah 9 tahun beroperasi di sini.

Diri sendiri pun kagum dengan pencapaian Sales Manager ke empat, kelahiran CiklinTeam ni. Hampir setiap bulan berjaya capai sasaran jualan yang telah ditetapkan. Jualan peribadi beliau telah mencecah lebih RM21,000 hanya dalam beberapa bulan sahaja menyertai Projek STG.

Hari ni saya berpeluang peluk Kak Raja erat-erat, tap energy beliau! Kak Raja telah membuktikan bahawa beliau mampu membina pendapatan ke dua melalui Projek STG. Menguruskan dua bisnes dalam satu masa. Hampir setiap hari restoren penuh, makanan habis. Produk SHOM pun terjual laris.
Kata beliau,"Seronok sangat buat Projek STG ni.Senang gila !"
Wow, hebat betul !

Sebenarnya, inilah kali pertama kami berjumpa mata. Selalunya berinteraksi secara online saja.Tapi rasa macam dah lama kenal tau, mesra sangat orangnya Kak Raja ni.

Alhamdulillah, asbab projekSTG, menemukan saya dengan ramai rakan-rakan bisnes yang positif dan hati baik. Orang kata, nak jadi positif kena duduk dikalangan orang-orang positif. Kalau nak berjaya bergaullah dengan orang-orang yang berjaya. Kita boleh pilih di kelompok mana kita hendak berada.

Saya usahawan SHOM.